Browsing by Author "Norman Hamdan"
Now showing 1 - 8 of 8
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa-Fatwa Berkaitan Pengurusan Ekonomi dan Kewangan Masjid(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Norman Hamdan ;Asmaddy HarisMohd. Aizuddin Abd. AzizPengurusan dan pentadbiran masjid di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Manakala pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan masjid- masjid diurus oleh ahli jawankuasa masjid di bawah seliaan MAIN. Terdapat masjid-masjid yang mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang dijana oleh hasil aset-aset wakaf seperti tanah, bangunan dan peralatan yang disewakan selain kutipan tabung-tabung khas dan am seperti tabung hari Jumaat. Namun di dalam menguruskan dana-dana masjid yang adakalanya mencecah ratusan ribu ringgit, tidak terdapat garis panduan khas Shariah untuk diikuti oleh pihak pentadbiran masjid. Ini telah menyebabkan terdapat dana-dana masjid yang bernilai tinggi beku tidak dijana dengan sebaiknya. Justeru, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisa fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh badan- badan fatwa samada di dalam (Malaysia) dan luar negara (Brunei) tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan dana-dana masjid. Dengan adanya garis panduan tersebut akan memudahkan pihak pengurusan masjid mentadbir dan mengurus dana-dana yang diperolehi. Artikel ini adalah sebahagian dari hasil penyelidikan yang dijalankan berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan masjid-masjid di Daerah Hulu Langat, Selangor. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Fatwa Pelaburan Dana Masjid Bagi Kelestarian Fungsi Serta Peranan Masjid: Satu Analisa(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Norman Hamdan ;Asmaddy HarisMohd Aizuddin Abd. AzizPada masakini terdapat 6,368 buah masjid dan 17,640 surau di seluruh Malaysia yang secara langsung menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh kedua-dua institusi ini di dalam pembangunan ekonomi khususnya bagi masyarakat Islam. Terdapat masjid-masjid yang mempunyai dana yang mencecah ratusan ribu malah jutaan ringgit yang dikumpulkan melalui kutipan dana yang berbentuk umum dan khusus. Namun begitu, tiada fatwa atau garis panduan Shariah yang menjadi panduan kepada ahli jawatankuasa masjid di dalam mengembangkan lagi dana terbabit melalui aktiviti yang berbentuk penjanaan pendapatan dan pelaburan yang boleh menampung perbelanjaan pelbagai aktiviti masjid. Melihat kepada senario semasa, penjanaan pendapatan dan pelaburan dana masjid amatlah kritikal bagi memastikan kelestarian peranan dan fungsi masjid yang pelbagai serta memerlukan sokongan kewangan yang mapan. Hasil-hasil yang diperolehi dari aktiviti pelaburan dana masjid akan dapat mengurangkan kebergantungan institusi masjid terhadap dana yang disalurkan oleh kerajaan atau Majlis Agama Islam Negeri. Justeru, amatlah penting fatwa atau garis panduan Shariah berkaitan dengan penjanaan pendapatan dan pelaburan dana masjid dikeluarkan. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penelitian data sekunder berkaitan dengan keperluan dan asasasas hukum berkaitan dengan penjanaan pendapatan dan pelaburan dana masjid.. Dapatan daripada kajian ini diharapkan menjadi panduan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran masjid terutamanya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di dalam menyediakan fatwa atau garis panduan Shariah berkaitan dengan penjanaan pendapatan dan pelaburan dana masjid. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Model Hybrid Wakaf Bagi Pembangunan Kediaman Warga Emas Yang Lestari(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd Aziz ;Asmaddy Haris ;Ridzwan Bakar ;Abd Razak Abu Musa SaarMohd Aminur Rahman Mohamed RashidPenglibatan institusi awam dan swasta di dalam aktiviti pembangunan hartanah wakaf amatlah menggalakkan. Terdapat institusi-institusi yang mewakafkan hartanah yang dimiliki untuk pembinaan pusat ibadat seperti masjid dan surau, pusat pendidikan seperti sekolah tahfiz dan juga pusat komersil seperti rumah kedai. Selain hartanah wakaf, aktiviti berwakaf secara tunai juga amat popular dewasa ini sebagai satu medium masyarakat Islam untuk menyalurkan harta di jalan Allah. Potensi besar wakaf tunai dari sudut pengumpulan dana yang besar yang kemudiannya disalurkan untuk pembangunan hartanah wakaf sedia ada serta digunakan untuk membina bangunan-bangunan baru secara tidak langsung meningkatkan ekuiti pemilikan harta umat Islam. Di Malaysia, model pembangunan hartanah wakaf boleh dikategorikan kepada dua iaitu pembangunan wakaf sedia ada menggunakan dana wakaf tunai yang dikumpulkan dan juga pengumpulan dana wakaf tunai yang akan diistibdalkan kepada aset tetap seperti bangunan dan sekolah. Justeru, objektif utama kajia ini adalah untuk meneliti model wakaf tunai yang diperkenalkan dan diamalkan bagi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Kajian ini juga mencadangkan model hybrid wakaf bagi pembangunan kediaman warga emas yang menggabungkan keduadua wakaf hartanah dan tunai. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penelitian data sekunder berkaitan dengan wakaf hartanah dan tunai serta model-model wakaf tunai yang dipraktikkan. Dapatan daripada kajian ini diharapkan menjadi pemangkin terhadap peningkatan aset-aset hartanah wakaf yang disumbangkan oleh individu dan institusi bagi tujuan kebajikan umat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerimaan Penggunaan Aplikasi E-MIMAS Di Kalangan Pentadbir Kewangan Masjid: Kajian Penerokaan(The Al-Azhar Mosque Management Board Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2022) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd AzizAsmaddy HarisThe financial management and reporting is essential for organizations and institutions including mosque which is entrusted to manage funds that they receive from the public. As an Islamic institution whose operation is not profit-oriented, an appropriate financial reporting approach for mosque is inevitable. An online repoting system (E-MIMAS) has been developed by a group of researchers from Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) to assist mosque to prepare financial report that is inline with its not-for-profit organizational objective. E-MIMAS system complies with shariah requirement in reporting the restricted fund and unrestricted fund separately. This exploratory study aims to identify the level of acceptance in using E-MIMAS among the mosque administrators. In this study, two mosques and one surau have been given access to the system for at least two months. After the period interview sessions were conducted with the administrators to get their feedback on the use of E-MIMAS. The ease of online access through any devices, ease of use, and the segregation of restricted and unrestricted funds in the reporting, are the factors that contribute to their interest to continue using the system. The feedbacks also help the researchers to improve the system to ensure the use of E-MIMAS by other mosques in Malaysia would result in more efficient and effective financial reporting for the institution. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Preliminary Conceptual Framework of Digital Waqfpreneurship in Empowering Ummah Well-Being(Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 2021-07) ;Syahnaz Sulaiman ;Norman Hamdan ;Siti Nurulhuda NordinMuhammad Ridhwan Ab. Aziz - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication (Re-) establishing Trust in Malaysian Charity Sector(Universiti Sains Islam Malaysian, 2021-07)Norman Hamdan - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Risiko Shariah dalam Penggunaan Kaedah Perakaunan Berasaskan Keuntungan untuk Pelaporan Kewangan Masjid(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, 2022) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd AzizAsmaddy HarisSebagai satu institusi Islam yang menerima sumbangan kewangan daripada orang awam, masjid perlu menguruskan sumber kewangan tersebut dengan cara yang telus, efisyen dan berkesan. Perakaunan dan pelaporan kewangan adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan mana-mana organisasi termasuk masjid. Elemen akauntabiliti terhadap sumber kewangan yang diperolehi untuk diuruskan boleh dizahirkan melalui sistem perakaunan dan pelaporan kewangan yang baik. Umumnya pihak masjid menggunakan kaedah perakaunan dan pelaporan yang biasa digunakan oleh entiti perniagaan dalam penyediaan laporan kewangan mereka. Memandangkan institusi masjid bukan beroperasi dengan bermatlamatkan keuntungan, maka kaedah perakaunan dan pelaporan perniagaan (business accounting) dilihat kurang sesuai untuk digunakan oleh pihak masjid kerana objektif pelaporan kewangan (financial reporting objective) bagi entiti perniagaan dan masjid adalah berbeza. Artikel ini juga akan membincangkan risiko-risiko shariah yang boleh berlaku sekiranya perakaunan dan pelaporan kewangan perniagaan digunakan oleh pihak masjid untuk menyediakan laporan kewangan mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Stakeholders Ecosystem Of Waqf Institutions In Malaysia(Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2019) ;Norman Hamdan ;Ahmad Zamri OsmanHafiz-Majdi Ab RashidImproved accounting and reporting practice for waqf institution in Malaysia has become an indispensable necessity. The identification of waqf stakeholders may help the institution to achieve this objective as the interest of these accounting users are to be properly addressed in the financial reports. This paper investigates the stakeholders of waqf and their relationship with waqf institution. Semi-structured interviews have been conducted involving 27 waqf managers and accountants from various organizations in waqf institution. Based on the thematic analysis, 18 groups of waqf stakeholders and three categories of stakeholder influential relationship have been identified. The results of this study provided a basis for waqf institution to further determine which groups of waqf stakeholders that are salient in the efforts of providing the useful accounting information. Keywords: waqf stakeholder, influential relationship, stakeholder ecosystem