Browsing by Author "Norman Zakiyy,"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Khidmat Bantuan Guaman Bagi Individu Yang Kehilangan Pekerjaan Akibat Daripada Wabak Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Norman Zakiyy, ;Nur Suhaida Che Musa, ;Zahari Mahad Musa, ;Zulfakar Mamat,Noor Fajri IsmailSecara umumnya, individu yang tidak celik undang-undang harus mendapatkan nasihat guaman berhubung dengan isu undang-undang yang dihadapinya agar kepentingannya terjaga. Perkhidmatan tersebut dikenakan fi guaman. Walau bagaimanapun, individu yang kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan terutamanya di era wabak COVID-19 ini mungkin menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Penulisan ini membincangkan perkara berikut: (a) pandangan Islam mengenai amalan memberi bantuan; (c) bentuk bantuan guaman yang amat diperlukan oleh golongan ini; (d) organisasi-organisasi utama yang dapat menyalurkan bantuan guaman kepada golongan yang memerlukan dalam situasi wabak COVID-19; dan (e) cabaran yang dihadapi oleh pemberi bantuan guaman. Adalah didapati masalah kehilangan punca pendapatan kesan daripada wabak COVID-19 mencetuskan pelbagai masalah perundangan dan sosial bersangkutan dengan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat. Kepincangan dalam kehidupan masyarakat akibat daripada kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan ini dapat diringankan dengan pemberian bantuan guaman secara percuma atau pun dengan fi minimal oleh organisasi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan serta bantuan daripada peguam sukarela. Adalah dicadangkan agar kerajaan terus memberi galakan kepada usaha pemberian khidmat guaman secara percuma kepada ahli masyarakat yang memerlukan. Kata kunci: Bantuan guaman, kehilangan pekerjaan, COVID-19 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Taksiran Kadar Nafkah ‘Iddah Tanpa Melalui Sulh: Tinjauan Awal Di Era Kehilangan Pekerjaan Akibat Wabak Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Norman Zakiyy, ;Hasnizam Hashim, ;Maizatul Farisah Mohd Mokhtar,Dina Imam SupaatDalam kes perceraian, Majlis Sulh adalah forum alternatif kepada perbicaraan di mana kedua belah pihak berpeluang untuk menyelesaikan isu tuntutan secara damai. Dalam menetapkan kadar nafkah ‘iddah pula, kedua belah pihak boleh berusaha untuk mencapai persetujuan bersama tanpa campurtangan mahkamah melalui perbicaraan. Namun begitu, kaedah penyelesaian ini mungkin akan menjadi kurang efektif sekiranya kedua pihak terlalu emosional dan tidak berkompromi. Pada masa yang sama, suami yang menceraikan isterinya pula mungkin sedang mengalami masalah kewangan yang serius akibat daripada kesan wabak COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan. Pembayaran nafkah ‘iddah masih merupakan suatu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isteri yang telah diceraikannya. Artikel ini membincangkan kaitan antara keadaan sosio-ekonomi suami yang menceraikan isterinya dan penentuan kadar nafkah ‘iddah yang sesuai. Adalah didapati penaksiran kadar nafkah ‘iddah haruslah mengambil kira sosio-ekonomi suami yang berubah dan kos hidup terkini. Penetapan kadar nafkah ‘iddah yang munasabah dapat mengurangkan kes ketidakpatuhan kepada perintah Mahkamah Syariah berhubung dengan pembayaran nafkah ‘iddah. Kata kunci: Kadar nafkah ‘iddah, sosio-ekonomi, sulh, COVID-19