Browsing by Author "Norsayyidatina Che Rozudi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mangsa Buli Dan Kesan Buli(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Amin Al Haadi Shafie ;Azad Athahiri Anuar ;Norsayyidatina Che Rozudi ;Wan Ahmad Zakry Wan KamaruddinMusa MohamadArtikel ini memfokuskan konsep buli, kesan buli kepada mangsa buli pada jangka masa panjang dan pendek. Buli merupakan satu tingkah laku dominasi yang dilakukan berulang kali secara psikologi atau fizikal daripada seorang atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada seseorang yang kurang kuasa. Mangsa buli selalunya mempunyai ciri-ciri tertentu yang menyebabkan mereka mudah bagi pembuli mengesan dan bertindak membuli mereka. Selalunya mangsa merupakan seorang yang sentiasa merasa cemas, tidak selamat, terlalu berhati-hati, mempunyai harga diri yang rendah dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari. Tingkah laku buli' memberi impak kepada mangsa buli dari segi fizikal, emosi dan mental atau psikologikal dalam jangka masa pendek dan panjang. Kesan jangka pendek seperti sedih, tertekan, tidak berdaya, berasa sendirian dan malu. Kesan jangka masa panjang pula ialah tahap kesihatan mental yang bercelaru, kemurungan dan gangguan emosi yang berpanjangan sehingga dewasa. Para kaunselor perlu memandang berat permasalahan buli dan sentiasa mencari kaedah yang perlu dan sesuai dalam menghadapi masalah buli. Hal ini demikian kerana tingkah laku buli memberi kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.