Browsing by Author "Nur A'in Mustafar"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebimbangan Terhadap Pencapaian Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Nur A'in Mustafar ;Abdul Rashid Abdul AzizRoslee AhmadPencapaian akademik yang baik melambangkan kecemerlangan bagi setiap pelajar. Namun, dalam mencapai kecemerlangan tersebut, antara aspek penting yang harus dihadapi oleh pelajar adalah kebolehan mengawal kebimbangan menghadapi ujian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan tahap kebimbangan menghadapi ujian dengan pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan, tahun tiga jurusan kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan inferensi seperti T-test melalui perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 26. Seramai 80 orang pelajar dalam lingkungan umur 18 - 26 tahun ke atas telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik yang dikendalikan sendiri untuk kegunaan pengumpulan data yang merangkumi alat ukur Test Anxiety Inventory (TAI) dan skor pencapaian bahasa Arab dalam peperiksaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki (M = 2.19, SD = 0.44) dan perempuan (M=2.44, SD= 0.51); t (78) = 1.5, p =0.138 dalam kebimbangan menghadapi ujian dan pencapaian bahasa Arab dalam kalangan pelajar kaunseling tahun 3 yang dikaji. Konklusinya, kajian ini dapat memberi kesedaran dan menggalakkan pelajar membuat persediaan lebih awal sekali gus dapat mengurangkan kebimbangan menghadapi ujian. Sebaiknya pencapaian bahasa Arab ditingkatkan dengan bimbingan melalui program bimbingan dan kaunseling akademik yang harus diaktifkan di setiap fakulti terutama sebelum peperiksaan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerangka Konsep Keluarga Malaysia dalam Mencapai Kesejahteraan(Secholian Publication, 2023) ;Abdul Rashid Abdul Aziz ;Muhammad Khairi Mahyuddin ;Muhammad NubliAbdul Wahab ;Husin Sungkar ;Nurun Najihah MusaNur A'in MustafarIn this era of globalization, it can be seen that there is an increase cases in issues involving family institution problems in Malaysia. This can be seen in cases of divorce, domestic violence and child abuse in Malaysia which recorded an extraordinary increase in 2020. The National Population and Family Development Board (LPPKN) has reported that the Malaysian Family Well-Being Index in 2019 remains at a moderate level which is 7.72. There are various aspects that need to be explored in the management of family conflict in order to achieve familywell-being in line with the goals of the Malaysian family concept. Therefore, this article was done to explore the challenges and management of the family crisis based on the concept of the Malaysian family to achieve well-being. This research method is based on a qualitative study using the design of a concept paper with the use of concept analysis techniques. The findings of the study found that there are three main concepts in the Malaysian family, namely inclusion, togetherness and gratitude that can be applied in a family to overcome and prevent conflicts that occur. The well-being of the family is very important in achieving the well-being of each of its members in realizing the process of national development. Therefore, this study is very important as a guideline to the responsible body in Malaysia in driving and producing a prosperous family - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Terhadap Profil Personaliti Pensyarah Universiti Penyelidikan(Secholian Publication, 2022); ;Mohamad Yazid Abdul Majid ;Muhammad Khairi Mahyuddin ;Nur Kareelawati Abd Karim ;Nur A'in MustafarNurun Najihah MusaPersonaliti individu banyak dikaitkan dengan keperibadian dan perwatakan individu. Ia menentukan kualiti individu tersebut. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah yang berada di universiti penyelidikan. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret Personaliti Big Five. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk deskriptif melibatkan seramai 645 orang pensyarah yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa pola personaliti Agreeableness mencatat skor min tertinggi bagi pensyarah iaitu sebanyak 2.94 dan sisihan piawainya 0.30. diikuti oleh pola personaliti Conscientiousness (min = 2.93), Extraversion (min = 2.91), Openness (min = 2.89) dan Neuroticism dengan catatan nilai (min = 1.07). Kajian ini amatlah signifikan dalam mengenal pasti profil tret personaliti pensyarah. Hal ini kerana ia dapat mempengaruhi kelancaran dan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui oleh para pelajar. Justeru, kajian ini dapat memberikan gambaran kepada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengatur apa jua strategi untuk menambah kualiti diri dalam setiap pensyarah sebagai usaha melahirkan para graduan yang berkualiti.