Browsing by Author "Nur Ain Mustafar"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Children’s Well-Being: Parental Awareness on Child Internet Addiction(Human Resource Management Academic Research Society, 2024) ;Abdul Rashid Abdul Aziz ;Amin Al-Haadi Shafie ;Mohd Azrin Mohd Nasir ;Mohd Ropizam Mohamad Zainun ;Warlan SukandarNur Ain MustafarInternet addiction among children has become a global health problem, including Malaysia. It raised public awareness of its increasing number. Most of the internet addiction risk factors relate to parents and their awareness regarding this issue. Therefore, this study was done to explore family awareness of child’s internet addiction and to identify the role of the family in overcoming internet addiction among children. This is a qualitative study using a scoping review design. The articles were obtained from the Academic Search Premier@EBSCOhost university database published from 2015 to 2023. A total of 38 articles were selected from the EBSCO-Host together with other relevant and significant articles from earlier years. Findings revealed that family awareness in term of understanding role of family members (parent’s role, sibling’s role, child’s role) is very important in facing internet addiction among children. Besides that, there are five elements in managing child internet addiction which include controlling and monitoring children's internet use, limiting time and space in children's internet use, the concept of psychological reward and punishment in internet use, application of moral and spiritual values, and joint involvement of parents and children in social activities. In conclusion, this study can be a guidance to the involved party such as educators or community in dealing and helping the family or parents who are facing with the issue of child’s internet addiction. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebimbangan Terhadap Pencapaian Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar(Penerbit USIM, 2022-12) ;Nur Ain Mustafar ;Abdul Rashid Abdul AzizNurun Najihah MusaPencapaian akademik yang baik melambangkan kecemerlangan bagi setiap pelajar. Namun, dalam mencapai kecemerlangan tersebut, antara aspek penting yang harus dihadapi oleh pelajar adalah kebolehan mengawal kebimbangan menghadapi ujian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kebimbangan menghadapi ujian dan pencapaian bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahun tiga kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan korelasi melalui perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 26. Seramai 80 orang pelajar dalam lingkungan umur 18 - 26 tahun ke atas telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik yang dikendalikan sendiri untuk kegunaan pengumpulan data yang merangkumi Test Anxiety Inventory (TAI) dan skor pencapaian bahasa Arab dalam peperiksaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan (r (80) = .035, p <.05) antara kebimbangan menghadapi ujian dan pencapaian bahasa Arab dalam kalangan pelajar kaunseling tahun 3 yang dikaji. Konklusinya, kajian ini dapat memberi kesedaran dan menggalakkan pelajar membuat persediaan lebih awal sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan menghadapi ujian. Sebaiknya pencapaian bahasa Arab ditingkatkan dengan bimbingan melalui program bimbingan dan kaunseling akademik yang harus diaktifkan di setiap fakulti terutama sebelum peperiksaan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kerangka Konsep Keluarga Malaysia Dalam Pengurusan Konflik Rumahtangga(Penerbit USIM, 2022-12); ;Nurun Najihah Musa ;Nur Ain Mustafar ;Nur Kareelawati Abd KarimIs’haq IbrahimInstitusi kekeluargaan di Malaysia dilihat semakin goyah dan hampir musnah disebabkan konflik rumahtangga yang gagal diselesaikan oleh ahlinya. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan kes dalam isu-isu membabitkan masalah institusi kekeluargaan di Malaysia. Bahkan, kes perceraian, keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak di Malaysia merekodkan peningkatan yang luar biasa pada tahun 2020. Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaporkan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia pada tahun 2019 masih kekal pada tahap sederhana iaitu 7.72. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dikaji dalam pengurusan konflik rumahtangga bagi mencapai kesejahteraan keluarga sejajar dengan matlamat konsep keluarga Malaysia. Justeru, penulisan kertas konsep (conceptual paper) ini memberi tumpuan kepada kerangka konsep keluarga Malaysia sebagai satu kaedah mengatasi konflik rumahtangga. Metod kajian ini adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kertas kerja konsep (concept paper) dengan penggunaan teknik analisis kandungan dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga konsep utama dalam keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah keluarga bagi mengatasi dan mencegah konflik yang berlaku. Kesejahteraan keluarga amatlah penting dalam menggapai kesejahteraan kendiri dalam setiap diri ahlinya yang merupakan aspek penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, kajian ini amatlah penting sebagai garis panduan kepada badan bertanggungjawab di Malaysia dalam memacu dan melahirkan keluarga sejahtera.