Browsing by Author "Nur Ain Syafiqah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Pengukuran Penentuan Status Mualaf kepada Mukalaf dalam Konteks Malaysia (Deterministic Measurement Methods in Mualaf to Mukalaf Status in Malaysian Context)(Penerbit UTM Press, 2020-06-28) ;Azman Ab. Rahman ;Nurul Shazwani Nordin ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Mohamad Anwar Zakaria ;Nur Ain SyafiqahMohammad Naqib HamdanPemelukan agama Islam dalam kalangan mualaf meningkat saban tahun. Perkembangan ini amat baik dan menunjukkan Islam agama yang rahmah dan sesuai sepanjang zaman. Istilah mualaf atau saudara baharu sering digunapakai oleh masyarakat atau agensi yang mengurus, membimbing dan menjaga kebajikan mualaf.Terdapat timbul persoalan berkaitan tempoh status mualaf yang berbeza mengikut negeri sehingga menyebabkan keperluan kepada terhadap status mualaf kepada mukalaf yang perlu dikaji dan diteliti secara terperinci. Justeru, objektif kajian ini adalahmengenal pasti konsep mualaf serta mukalaf mengikutkriteria yang ditetapkan oleh sarjana Islam dalam menentukan seseorang sebagai mukalaf. Kajian ini juga akan mengkaji kaedah pengukuran penentuan status mualaf kepada mukalaf berdasarkan pandangan ulama dan keperluan masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah dokumentasi.Hasil kajian mendapati bahawa kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu telah mencapai dewasa (baligh), berakal dan faham terhadap sesuatu hukum yang ditetapkan. Kajian lanjutan berkaitan kriteria tambahan dalam menentukan status mualaf kepada mukalaf perlu dilakukan bagi membangunkan satu instrumen yang boleh digunapakai oleh agensi berwajib. Diharapkan kajian ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan zakat di Malaysia dalam menghasilkan kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf.24 65