Browsing by Author "Nur Aini Binti Romli"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab Penyebaran dan Penerimaan Hadith di Aplikasi Tiktok(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nur Aini Binti Romli ;Athirah Binti Asri ;Syamimi Binti RosleAplikasi TikTok merupakan satu medium digital yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, baik kanak-kanak, golongan dewasa serta golongan tua. Aplikasi ini semakin dikenali dan popular bermula tahun 2017. Pada awalnya, aplikasi ini digunakan oleh golongan remaja dengan hanya memuat naik video pendek sebagai hiburan semata-mata. Akan tetapi, penggunaan aplikasi TikTok yang semakin meluas dan pantas dari sudut penyebaran maklumat, ilmu, isu semasa dan sebagainya telah menimbulkan permasalahan dari sudut adab menyebar dan menerima terhadap sesuatu maklumat dan ilmu terutama dalam ilmu hadith. Dibimbangi sekiranya pengguna menyebar dan menerima hadith tersebut secara membuta tuli tanpa menyemak status hadith terlebih dahulu dari sudut sahih, dhaif atau maudhu’. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menerangkan senario penyebaran hadith di aplikasi TikTok disamping mendisiplinkan masyarakat akan peri pentingnya adab dalam menyebar dan menerima sebarang maklumat ataupun ilmu terutamanya dalam bidang hadith yang merupakan sebahagian dari disiplin ilmu hadith. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan serta soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti penyebaran hadith yang semakin meluas di aplikasi TikTok telah menyebabkan masyarakat mudah untuk menyebarkan dan mendapatkan ilmu berkaitan hadith. Namun dibimbangi sekiranya pengguna menyebar dan menerima hadith tersebut secara langsung tanpa mengetahui status hadith akibat kekurangan ilmu pengetahuan dalam memahami ilmu tersebut. Oleh itu, penyebar ilmu dan pengguna perlulah menanam sikap “tabayyun” di dalam diri sebelum menyebarkan dan menerima sebarang ilmu agar tidak berlaku penyelewengan khususnya dalam ilmu agama. Kesimpulannya, aplikasi TikTok memberikan banyak manfaat kepada pengguna dan memudahkan masyarakat dalam menerima dan menyebarkan ilmu agama. Justeru, diharapkan dengan adanya kajian ini dapat mendisiplinkan masyarakat dengan mengetahui adab-adab dalam menyebar dan menerima ilmu terutamanya ilmu hadith.37 148