Browsing by Author "Nur Ainul Basyirah Alias"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan Institusi Wakaf Kesihatan (Darussifa) Dalam Kerajaan Uthmaniyyah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Nur Ainul Basyirah AliasErmy Azziaty RozaliInstitusi wakaf kesihatan yang dipelopori dengan pesat dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah merupakan salah satu cabang kebajikan sosial daripada pemerintah kepada rakyat. Ia terbina hampir di setiap pusat pemerintahan kerajaan’ Uthmaniyyah seperti Istanbul, Edirne dan Bursa. Malah, institusi ini turut dibina bersama beberapa unit bangunan lain di dalam kompleks wakaf contohnya dapur awam, sekolah perubatan, tempat mandi (hamam), perpustakaan dan masjid. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah pada abad ke-15M, institusi kesihatan ini bergerak dan beroperasi sebagai satu tempat mempraktikkan ilmu sains perubatan yang dipelajari dalam institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan institusi kesihatan wakaf dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah di samping meneliti penubuhan institusi ini dengan mengkelaskannya mengikut tahun. Selain itu, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah manakala, kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen. Hospital-hospital yang dikaji adalah hospital dalam kerajaan ‘Uthmaniyyah yang menjalankan aktiviti daripada pembiayaan dana wakaf. Melalui kajian ini dapat diketahui bahawa institusi wakaf kesihatan ini ditubuhkan hasil pembiayaan dana wakaf yang datangnya daripada pemerintah atau orang perseorangan yang kaya.