Browsing by Author "Nur Al-Farhain Binti Kamaruzaman"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dan 2015 Negeri Kelantan: Analisis Pelaksanaan(USIM Press, 2022) ;Nur Al-Farhain Binti KamaruzamanNur Aina AbdulahDi Malaysia, usaha terawal untuk memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara total telah dirintis oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1993 menerusi satu rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Walaubagaimanapun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana berhadapan dengan kekangan perundangan. Kebanyakan kajian terdahulu berkaitan enakmen ini ditumpukan pada perbincangan kekangan perundangan. Di dalam kajian ini, perbincangan akan ditumpukan kepada penilaian semula model taqnin yang diperkenalkan oleh Negeri Kelantan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengkaji latar belakang dan proses taqnin enakmen ini seterusnya menganalisis kesesuaian model ini di dalam konteks perundangan Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah analisis dokumen dan temubual bersama Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dan Nasional. Dapatan kajian mendapati model yang dicadangkan ini terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam konteks perundangan Malaysia. Selain itu, kajian ini mencadangkan agar alternatif lain digunakan bagi memperkenalkan undang-undang jenayah Islam iaitu melalui proses harmonisasi undang-undang sedia ada iaitu melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 Dan 2015 Negeri Kelantan: Analisis Perspektif Ahli Jawatankuasa Teknikal Negeri Dan Nasional(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-12-30)Nur Al-Farhain Binti KamaruzamanDi Malaysia, usaha untuk memartabatkan perundangan jenayah Islam secara total telah dirintis seawal tahun 1993 oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. Usaha yang sama diteruskan pada tahun 2015 dengan melakukan beberapa pindaan pada enakmen tersebut. Walaupun terdapat banyak penulisan dan ulasan berkaitan usaha-usaha ini, hanya sedikit kajian yang memuatkan perspektif secara terus daripada individu yang terlibat secara langsung dengan usaha ini. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perspektif individu-individu yang terlibat secara langsung dengan usaha ini. Seterusnya, analisis dan cadangan penambahbaikan bagi usaha ini akan dilakukan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif. Data dikumpul menggunakan temubual separa berstruktur melibatkan beberapa individu yang merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud peringat Nasional dan Negeri Kelantan. Data kemudiannya dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekangan utama kepada pelaksanaan kedua-dua enakmen ini adalah disebabkan kekangan perundangan. Justeru, seharusnya kekangan perundangan ini di atasi sebelum enakmen ini diluluskan di Sidang DUN Kelantan. Kajian ini juga berpandangan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang diwartakan pada 30 Disember 2020 lebih menepati realiti perundangan Malaysia dan menepati konsep tadarruj dalam memperkenalkan undang-undang jenayah Islam di Malaysia.