Browsing by Author "Nur Azira Raihana Binti Azmi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Kemunculan dan Kepercayaan Gereja Ortodoks dan Roman Katolik: Satu Analisis Perbandingan(Penerbit USIM, 2022) ;Nur Azira Raihana Binti AzmiRos Aiza Binti Mohd MokhtarGereja Ortodoks adalah salah satu daripada tiga kumpulan utama Kristian, disamping Roman Katolik dan Protestan. Kedua-dua cabang agama Kristian Gereja Ortodoks dan Roman Katolik kekal sebagai cabang yang berbeza dari kepercayaan yang sama. Roman Katolik merupakan denominasi Kristian terbesar, dengan lebih daripada satu bilion pengikut di seluruh dunia. Ortodoks Timur pula merupakan denominasi Kristian kedua terbesar, dengan lebih daripada 260 juta pengikut. Ortodoks Timur termasuklah gereja kebangsaan, seperti Gereja Ortodoks Yunani dan Gereja Ortodoks Rusia. Terdapat sedikit persamaan antara Gereja Ortodoks dan Roman Katolik. Gereja Ortodoks Timur dan Roman Katolik mempunyai akar yang sama, tetapi pendekatan yang sangat berbeza tentang cara mereka mentafsir ajaran Kristian. Kajian ini bertujuan mengkaji sejarah Gereja Ortodoks serta kepercayaan mereka dan perbandingan antara Gereja Ortodoks dan Kristian Roman Katolik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Kajian mendapati Gereja Roman Katolik lebih tertumpu kepada undang-undang, logik dan kuasa pusat Pope, manakala Gereja Ortodoks Timur lebih mementingkan mengekalkan kepada cabang kepercayaan dan mentadbir melalui konsensus. Sejak kedua-dua gereja berpecah dalam The Great Schism 1054, mereka telah mengembangkan teologi yang berbeza berkaitan dengan teks Bible, sifat Tuhan, sifat manusia dan cara mereka memandang agama lain.