Browsing by Author "Nur Azwani binti Mansor @ Noordin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sosialisasi Pendidikan Gender dalam Keluarga Menurut Perspektif Islam(Penerbit USIM, 2023) ;Nur Azwani binti Mansor @ NoordinKhairulnazrin NasirArtikel ini membincangkan proses sosialisasi pendidikan gender dalam keluarga menurut konsep dan nilai-nilai Islam. Penekanan diberikan kepada peranan keluarga dalam membentuk pemahaman mengenai pendidikan gender dan persepsi anak-anak mengenai perbezaan gender antara lelaki dan perempuan. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini melibatkan analisis terhadap sumber-sumber primer seperti al-Quran, hadis, dan literatur Islam yang relevan. Pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab keluarga mendidik anak-anak dalam konteks gender dikaji dengan teliti. Dalam perspektif Islam, keluarga memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi utama. Ahli keluarga seperti ibu bapa, kakak, abang dan ahli keluarga terdekat merupakan agen utama yang membantu proses sosialisasi. Proses ini diterapkan pada zaman kanak-kanak yang akan mempengaruhi perilaku dan pemikiran serta belajar bagaimana seharusnya bertingkah laku dalam situasi atau keadaan tertentu apabila dewasa kelak. Sekiranya kanak-kanak tidak mengalami proses sosialisasi gender dengan berkesan dan mencukupi, maka mereka tidak akan dapat menyesuaikan diri dan bertingkah laku mengikut nilai-nilai syariat Islam. Artikel ini menggariskan strategi dan amalan terbaik yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dan keluarga untuk menyampaikan pendidikan gender yang seimbang dan adil kepada anak-anak. Hasil analisis menunjukkan bahawa pendidikan gender dalam keluarga menekankan kepada pendidikan nilai, pemodelan peranan, pengajaran praktikal, dan komunikasi yang efektif dalam membentuk pemahaman yang positif mengenai gender. Kesimpulannya, artikel ini memberikan pandangan yang holistik dan bersepadu mengenai sosialisasi pendidikan gender dalam keluarga menurut perspektif Islam. Ia menyediakan panduan praktikal dan prinsip-prinsip yang dapat digunakan oleh keluarga dan masyarakat untuk membangun masyarakat harmoni dari segi gender berdasarkan ajaran agama Islam.