Browsing by Author "Nur Farhana Ab Rahman"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandangan Muhamad Uthman El-Muhammady Mengenai Pluralisme Agama(Penerbit USIM, 2024) ;Earnie Elmie Hilmi ;Kamarudin SallehNur Farhana Ab RahmanPluralisme agama menjadi isu kontroversi dalam masyarakat Malaysia sejak dulu hingga kini. Terdapat pelbagai sarjana memberikan definisi konsep pluralisme. Terdapat golongan yang menerima, golongan pertengahan dan golongan yang menolak. Muhammad Uthman el-Muhammady tergolong dalam golongan pertengahan yang menerima pluralisme dalam maksud kepelbagaian agama dan menolak pluralisme dalam maksud kebenaran semua agama sama. Kajian ini mengkaji pemikiran Muhamamd Uthman el-Muhammady terhadap pluralisme agama. Kualitatif yang menggunakan analisis kandungan diapliaksikan dalam kajian ini. Semua sumber penulisan Muhammad Uthman el-Muhammady yang berkaitan dengan pluralisme agama dianalisis. Hasil kajian menunjukkan Muhammad Uthman el-Muhammady menerima konsep pluralisme dalam maksud kepelbagaian agama berdasarkan surah al-Hujurat ayat 13 dan menolak konsep pluralisme dalam maksud kebenaran semua agama sama berdasarkan Surah Al-Isra ayat 81, Surah Al-Ahzab ayat 40 dan Surah Al-Baqarah Ayat 143.35 242 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pluralisme Agama daripada Pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-05-31) ;Earnie Elmie Hilmi ;Kamarudin SallehNur Farhana Ab RahmanAbstrak: Pluralisme yang membawa maksud kepelbagaian agama diterima secara baik, namun apabila perkataan ini digabungkan dengan agama dan membawa maksud menyamaratakan semua agama atau membawa kepada kecenderungan untuk menyatukan kebenaran agama, perkara tersebut menjadi kontroversi. Terdapat dua masalah utama yang dilihat iaitu kekeliruan terhadap definisi pluralisme agama dan pelbagai pendekatan berbeza menghadapi pluralisme agama. Para sarjana berbeza pendapat mengenai konsep pluralisme agama dan pendekatannya termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady. Kajian ini mengkaji pemikiran Muhammad Uthman El-Muhammady tentang pluralisme agama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber penulisan Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkaitan dengan pluralisme agama, antaranya ialah risalah Pemikiran Mohammed Arkoun dalam konteks ahli sunnah wal jamaah: Satu pengamatan awal (2011), Falsafah agama John Hick: pengamatan dari perspektif ajaran ahli sunnah wal-Jamaah (2012) dan Al-Firqah al-Najiyah: Epistemologi aqidah golongan yang berjaya (2017). Hasil kajian menunjukkan Muhammad Uthman El-Muhammady mendefinisikan pluralisme dengan maksud ruang awam di mana para penganut agama bertemu dan berhubung serta mengadakan interaksi pelbagai untuk saling memahami antara satu sama lain, manakala pluralisme agama pula ialah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga. Kata kunci: Pluralisme agama; kepelbagaian agama; kebenaran semua agama sama benar Abstract: Pluralism in meaning of religious diversity well accepted, but it became controversial when this word combined with religion in meaning of generalizing all religions or leading to a tendency to unify the truth of religion. There are two main issues, confusion over the definition of religious pluralism and various approaches to religious pluralism. Scholars had different thought on the concept of religious pluralism and its approach, including Muhammad Uthman El-Muhammady. This study examines Muhammad Uthman El-Muhammady's thoughts on religious pluralism. This study used a qualitative approach by analyzing Muhammad Uthman el-Muhammady's writing sources related to religious pluralism such as Risalah Pemikiran Mohammed Arkoun dalam konteks ahli sunnah wal jamaah: Satu pengamatan awal (2011), Falsafah agama John Hick: pengamatan dari perspektif ajaran ahli sunnah wal-Jamaah (2012) and Al-Firqah al-Najiyah: Epistemologi aqidah golongan yang berjaya (2017). The results of the study show that Muhammad Uthman El-Muhammady defines pluralism as a public space where religious believers meet and connect and have various interactions to understand each other, while religious pluralism is the understanding that all religions are the same, all lead to heaven. Keywords: Religious pluralism; religious diversity; the truth of all religions are the same15 34