Browsing by Author "Nur Fatin Halil"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mukhannath dan Hubung Kaitnya dengan Transgender Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Nur Fatin Halil ;Irwan Mohd Subri ;Mohd Nasir Abdul Majid ;Rafidah Hanim Mokhtar ;Mohd Izwan Md YusofUmi Adzlin SilimFenomena peningkatan transgender di Malaysia atau dikenali dengan gelaran ‘mak nyah’ semakin membimbangkan. Terminologi ‘transgender’ mungkin tiada dalam Al-Quran dan masih belum wujud pada zaman Rasulullah, namun isu dan permasalahan tentang mukhannathtelah mula dibincangkan pada zaman tersebut. Mukhannathmerupakan perkataan Bahasa Arab yang berasal daripada kata akar ‘kha na tha’yang bermaksud lembut. Menurut istilah, mukhannathbermaksud lelaki yang berperwatakan wanita dan definisi ini mengandungi persoalan adakah ia mempunyai perkaitan dengan golongan transgender pada hari ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji definisi mukhannathdaripada perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah serta menentukan sama ada transgender termasuk dalam pentakrifan mukhannath. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah penelitian teks atau dokumen. Penyelidik melakukan penelitian terhadap ayat-ayat Al-Quran dan pentafsirannya serta hadis-hadis yang mengandungi perbincangan tentang mukhannath. Kajian mendapati perkataan mukhannathtidak disebut secara langsung dalam Al-Quran, namun ia disebut dengan jelas dalam beberapa hadis Nabi SAW. Kefahaman yang tuntas tentang mukhannathmelalui Al-Quran dan Al-Sunnah dapat menerangkan tentang status dan kedudukan golongan transgender menurut Islam serta pendekatan nabawi dalam berhadapan dengan golongan ini - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelantikan Mufti Wanita di Malaysia: Analisis Pandangan Jabatan Mufti(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Irwan Mohd Subri ;Ahmad Wifaq Mokhtar ;Azman Ab Rahman ;Hishomudin Ahmad ;Norzulaili Mohd GhazalNur Fatin HalilPelantikan mufti daripada kalangan wanita merupakan satu isu yang baru. Sepanjang sejarah institusi fatwa di Malaysia, belum pernah wanita dilantik menjadi mufti sedangkan tiada larangan yang jelas sama ada dalam hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh dilantik sebagai mufti. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa pandangan beberapa jabatan mufti berkenaan pelantikan mufti di Malaysia daripada kalangan wanita. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan melaksanakan kaedah temubual secara kumpulan fokus terhadap 4 orang utama di jabatan mufti iaitu seorang mufti, dua orang timbalan mufti dan seorang pegawai di jabatan mufti. Pandangan mereka terhadap terhadap isu pelantikan mufti wanita di Malaysia juga diperolehi secara bertulis. Hasil analisis pandangan pakar melalui temubual dan secara bertulis mendapati bahawa wanita boleh menjadi mufti namun bidang tugas seorang mufti perlu didefinisikan dengan lebih lanjut dan disesuaikan dengan kelayakan seorang wanita dari sudut syarak. Pelantikan mufti wanita juga perlu mengambil kira uruf dan adat di Malaysia. Justeru, penulis membuat kesimpulan bahawa satu model bidang kuasa mufti wanita perlu dibina dengan pengubahsuaian bidang kuasa mufti yang sedia ada sekiranya wanita dilantik menjadi mufti pada masa akan datang.