Browsing by Author "Nur Idayu Ah Khaliludin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan Matematik Dan Fizik Dalam Memahami Alam Semesta Dan Mengukuhkan Akidah Berdasarkan Ilmu Wahyu(Penerbit USIM, 2023) ;Norrlaili Shapiee ;Haslinawati Mohd MustaphaNur Idayu Ah KhaliludinMatematik dan fizik adalah cabang ilmu aqli yang memainkan peranan penting dalam ilmu naqli. Matematik menyediakan rangka kerja yang sistematik untuk menganalisa fenomena semula jadi dan berupaya menjangka kejadian alam di masa hadapan. Ia digunakan dalam astronomi, geografi, seni bina dan lain-lain. Fizik pula mengkaji sifat semula jadi dan undang-undang pergerakan objek. Fizik memberikan penjelasan tentang bagaimana alam semesta berfungsi melalui pemerhatian dan eksperimen. Kedua ilmu ini digunakan dalam penyelidikan saintifik, pembangunan teknologi dalam bidang seperti telekomunikasi, pengangkutan dan lain-lain. Pakar matematik memodelkan fenomena alam berdasarkan kejadian-kejadian lepas dan menghasilkan nombor-nombor untuk dianalisa oleh ahli fizik. Pakar fizik kemudian mengaitkan hasil analisa dengan sifat-sifat semula jadi dan undang-undang pergerakan objek di alam semesta dan dapat menjangka kebarangkalian fenomena buruk seperti banjir besar, gempa bumi dan taufan. Ilmu matematik dan fizik juga dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang alam semesta serta mengukuhkan kepercayaan terhadap kewujudan Allah sebagai Pencipta Yang Maha Esa. Kesimpulannya, matematik dan fizik menyediakan alat dan kerangka yang diperlukan untuk memahami dan menjelaskan alam semesta berdasarkan wahyu Ilahi, meluaskan pengetahuan tentang ciptaan Allah, dan menguatkan kepercayaan kepada-Nya sebagai pencipta yang sempurna.