Browsing by Author "Nur Inas Fathini binti Badrul Hisham"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Talaqqi pada Era ICT(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nur Inas Fathini binti Badrul Hisham ;Wan Adlina Syafika binti Wan Abd HalimWan Nurul Izzati binti Wan Mohamad NasirPerkembangan ICT semakin pesat dari hari ke hari bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Penggunaan ICT dalam kehidupan seharian manusia juga semakin berkembang, sebagai contoh bertalaqqi menggunakan teknologi semasa. Kini, telah banyak aplikasi yang boleh dimuat turun untuk pembelajaran al-quran. Talaqqi merupakan satu kaedah yang sangat penting dalam dunia pendidikan dan dakwah Islam. Ia merupakan kaedah pendidikan yang digunakan sejak zaman Rasulullah SAW, sahabat r.a, tabiin, tabi'tabiin, ulama-ulama dan ianya masih diguna pakai sehingga kini. Akan tetapi, terdapat segelintir pelajar FPQS kurang yakin terhadap keberkesanan kaedah talaqqi menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam al-quran. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan tentang kaedah talaqqi dalam pengajaran dan pembelajaran al- quran di zaman ICT. Seterusnya, melalui kajian ini, keberkesanan teknologi moden dalam talaqqi al-quran dapat dikenal pasti. Selain itu, kajian ini akan menyenaraikan beberapa aplikasi berkaitan talaqqi. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Pendekatan yang digunakan adalah tinjauan dan soal selidik terhadap pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Secara keseluruhannya, dapatan dari kajian ini adalah mahasiswa FPQS mengetahui dan mempelajari kaedah bertalaqqi menggunakan beberapa aplikasi dalam mempelajari al-quran sebagai contoh Instagram, youtube dan sebagainya. Seterusnya, perkara ini juga dapat membantu mereka memahami pengajaran al-quran dengan jelas.