Browsing by Author "Nur Irsalina Binti Amran"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Tadabbur Al-Quran di Aplikasi Tiktok: ‘Quran Tadabbur’(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Irsalina Binti Amran ;Nurul Najihah Binti KamalSyed Najihuddin Bin Syed HasanTadabbur merupakan usaha atau proses untuk mencari makna di sebalik zahir suatu perkara. Kalimah tadabbur juga digunakan pada setiap usaha manusia untuk mendalami hakikat sesuatu perkara. Penggunaan aplikasi TikTok sebagai satu medium perkongsian pelbagai ilmu bukan sahaja memanfaatkan golongan pelajar tetapi juga masyarakat umum yang berbilang kaum tanpa mengira usia dan latar belakang. Namun begitu, masyarakat pada masa kini lebih cenderung menggunakan aplikasi TikTok sebagai hiburan berbanding mengambil manfaat dan faedah seperti mengikuti slot agama, perkongsian dakwah dan ilmu. Justeru, kajian ini meninjau keberkesanan program yang mempelajari dan menghayati peringatan dan kebenaran ilmu Al Quran secara bertadabbur di aplikasi TikTok terhadap masyarakat . Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian mendapati, pembelajaran tadabbur Al Quran melalui TikTok dapat memberikan maklumat dan kefahaman yang mendalam dalam penafsiran ayat suci Al Quran. Oleh itu, aplik asi TikTok bukan sahaja digunakan untuk berhibur malah menggalakkan masyarakat memanfaatkan aplikasi tersebut. Perkongsian ilmu menerusi aplikasi TikTok juga mudah dilakukan iaitu hanya melalui perkongsian video pendek atau bersiaran secara langsung iaitu ‘live’. Tuntasnya, penggunaan aplikasi TikTok menerusi akaun ‘Quran Tadabbur’ adalah digalakkan untuk memanfaatkannya dengan sebaik yang mungkin pada masa kini.