Browsing by Author "Nur Mohammad Hadi Zahalan,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Analisis Kualitatif (Presumptive Test) Dalam Proses Pembuktian Bagi Merungkaikan Permasalahan Fiqh Isu-Isu Terkini Syariah dan Undang-Undang(Penerbit USIM, 2018); ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail, ;Nur Mohammad Hadi Zahalan, ;Lukman Abdul MutalibMohammad Amir Wan HarunPeranan analisis kuantitatif dan kualitatif dalam sains forensik adalah salah satu elemen penting dalam standard prosedur operasi. Kajian lepas menemukan bahawa salah interpretasi dari bukti saintifik yang dikemukakan boleh membawa kepada pelbagai implikasi besar terhadap kes. Aplikasi sains forensik dalam kerangka perundangan Shariah memerlukan bukan sahaja pengamalan, malah pemahaman yang jitu dan tepat. Rujukan-rujukan perundangan Shariah perlu dilihat dari konteks yang lebih mendalam bagi menambahkan kefahaman. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif bagi mencapai objektif. Metode analisa kandungan telah dilakukan terhadap dua buah teks rujukan perundangan Shariah, al-ṭuruq al-ḥukmiyyah oleh Ibn al-Qayyim dan tabṣirat al-ḥukkam fi ‘usūl al-‘aqdiyah wa manāhij al-aḥkām oleh Ibn Farḥun. Kajian ini juga telah menemukan bahawa terdapat metode analisa secara kualitatif yang telah dilakukan bagi mendapatkan bukti dan menyelesaikan beberapa kes. Analisa-analisa tersebut boleh difahami sebagai konsep-konsep asas sains serta boleh diistilahkan sebagai presumptive test dalam sains forensik. Jika dilihat dari kerangka lebih luas, konsep-konsep ini boleh disamakan atau dengan lebih mudah diqiyaskan kepada metode-metode analisa kualitatif dalam sains forensik yang wujud pada zaman terkemudian dan selari dengan prinisip-prinsip asas sains forensik. Kajian menyimpulkan bahawa, analisis-analisis kualitatif (presumptive test) dalam menyelesaikan konflik-konflik pada masa silam menunjukkan prioriti yang diberikan oleh rujukan-rujukan Shariah yang berautoriti dan juga kebijaksanaan sarjana dalam melakukan penelitian terhadap kes. Kewujudan ini tidak lainnya adalah untuk memberi pemahaman yang lebih tepat dan memberi ruang penyempurnaan keadilan melalui kaedah pembuktian dalam menyelesaikan sesuatu kes.