Browsing by Author "Nur Syahifa Nadhirah Mohd Khairi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kebolehgunaan E-Gamifikasi Minecraft Dunia Falsafah Islam(Penerbit USIM, 2024) ;Kamal Azmi Abd. Rahman ;Nik Mohamad Firdaus Hilmi Ab Wahab ;Nur Syahifa Nadhirah Mohd Khairi ;Muhammad Tarmidzi Ibrahim ;Mohd Azfar Abdul MalikSiti Khadijah AzairiKaedah pembelajaran baharu melalui e-gamifikasi semakin mendapat perhatian dalam dunia pendidikan. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan e-gamifikasi Dunia Falsafah Islam dalam Minecraft sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Falsafah Islam. Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji kebolehgunaan platform ini dalam kalangan pelajar, khususnya dari segi pemahaman, ingatan, dan minat terhadap kursus. Kajian ini berbentuk kuantitatif, di mana data dikumpulkan melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 28 orang pelajar Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang mengikuti kursus Falsafah Islam. Analisis data dilakukan menggunakan perisian SPSS, dengan tumpuan kepada nilai min bagi setiap item. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan e-gamifikasi Minecraft dalam pengajaran Falsafah Islam diterima baik oleh para pelajar. Hampir semua item mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu antara 4.04 (SP 0.63) hingga 4.43 (SP 0.56). Dapatan ini menunjukkan persepsi positif terhadap kebolehgunaan, keberkesanan, serta kemampuan e-gamifikasi Dunia Falsafah Islam ini dalam membantu pelajar untuk memahami dan mengingat idea serta tokoh penting dalam Falsafah Islam. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa e-gamifikasi Minecraft adalah satu pendekatan inovatif dan berkesan dalam memupuk minat pelajar dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka dalam kursus Falsafah Islam.