Browsing by Author "Nurkhairina Othaman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Perundangan Bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Berkaitan Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariah(Usuli Faqih Research Centre PLT, 2019) ;Muhammad Hazim Ahmadi, ;Mohamad Anwar Zakaria ;Noraishah Nordin , ;Siti Khadijah Ishak ;Nurkhairina Othaman; Syaryanti HussinPerkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini telah memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan dalam kaedah pembuktian di Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah. Hal ini berikutan penggunaan pembuktian saintifik di mahkamah untuk membuktikan dan mensabitkan sesuatu kes, begitu juga untuk membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di Mahkamah Sivil seawal tahun 1950-an dan digunapakai secara meluas sehingga ke hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di Mahkamah Syariah di mana pembuktian saintifik amat jarang dilakukan. Pada hakikatnya, undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan-peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di Mahkamah Syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam mengumpul data primer dan sekunder. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah pembuktian dan penafian sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat juga prosedur-prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Kesimpulannya, Hukum Syarak tidak menolak konsep sains forensik malahan telah menerimanya ribuan tahun sebelum ia diperkenalkan semula melalui nama, terma, dan konsep yang lebih saintifik dan moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu kepada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian-kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang tuntas terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan Mahkamah Syariah. Kajian ini juga secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran konsep shumūliyyah dalam ajaran Islam yang merangkumi pelbagai bidang ilmu.