Browsing by Author "Nurul Ain Syakira Binti Abdul Sabeth"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Kesedaran (Conciousness) Menurut Kitab Theravada-Abhidhamma dan Sarvastivada-Abhidhamma Serta Perspektif Islam Mengenainya(Penerbit USIM, 2022) ;Nurul Ain Syakira Binti Abdul SabethRos Aiza Binti Mohd MokhtarAbhidhamma merupakan ajaran agama Buddha yang termasuk dalam kitab suci Buddha yang terawal iaitu Tripitaka. Dicatatkan bahawa terdapat dua koleksi kanonikal Abhidhamma yang lengkap yang masih terpelihara iaitu Theravada-Abhidhamma dan Sarvastivada-Abhidhamma. Namun begitu, bagaimanakah Theravada dan Sarvastivada berpecah kepada dua kitab suci yang berbeza ini? Dalam kedua-dua kitab suci, bagaimana pula mereka menerangkan tentang ‘consciousness’? Tambahan pula, adakah terdapat penjelasan tentang ‘consciousness’ dari perspektif Islam? Jika ya, maka apakah yang dibincangkan oleh Islam tentang ‘consciousness’? Oleh itu, kajian ini ditulis dengan beberapa objektif iaitu untuk menjelaskan sejarah kemunculan Theravada dan Sarvastivada. Seterusnya, untuk mengenal pasti perbezaan antara Theravada dan Sarvastivada dalam mentakrifkan ‘consciousness’. Akhir sekali, untuk mencari makna ‘consciousness’ dari perspektif Islam. Hasil daripada kajian ini mendapati, kedua-dua kitab Theravada dan Sarvastivada ada membincangkan tentang consciousness. Hal ini kerana, masing-masing masih berpegang dengan prinsip Four Noble Truth yang merupakan asas kepada konsep consciousness. Manakala, dalam pandangan Islam pula, ‘consciousness’ merupakan perihal fizikal dan rohani yang berserah kepada Allah SWT.