Browsing by Author "Nurul Nadia Nozlan,"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gamifikasi Global Umrahaji Game (GUG) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari , ;Nurul Nadia Nozlan, ;Wan Muhammad ‘Irfan Wan Mohd Nazirin, ;Muhd. Faiz Abd. Shakor, ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanWawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil. Terdapat tujuh teras utama bagi merealisasikan dasar kerajaan ini antaranya ialah kesejahteraan sosial, modal sosial, modal insan dan lain-lain. Sebanyak lapan pemboleh daya WKB 2030 diperkenalkan untuk memastikan dasar ini tercapai. Antara pemboleh daya WKB 2030 yang berkaitan dengan elemen pendidikan adalah Pendidikan & TVET yang berasaskan masyarakat peribelajar dan pendidikan berasaskan keberhasilan serta elemen Masyarakat Berpencerahan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, gamifikasi Global Umrahaji Game (GUG) dilakukan untuk membantu pihak kerajaan bagi mencapai gagasan WKB 2030 secara bersama. Selain itu, ianya bertujuan untuk memberi pendidikan berkaitan ilmu umrah dan haji kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah rendah, menengah dalam pengajaran dan pembelajaran serta umat Islam di Malaysia khususnya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada lapan puluh enam (86) orang responden guru bagi subjek Pendidikan Islam di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa GUG menepati dua daripada lapan pemboleh daya WKB 2030 iaitu Pendidikan (pendidikan berasaskan keberhasilan) dan Masyarakat Berpencerahan (pembelajaran sepanjang hayat). GUG juga sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan pemahaman berkaitan topik umrah dan haji melalui kaedah didik hibur. GUG amat diyakini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat serta pelajar terhadap kepentingan pelaksanaan ibadat umrah dan haji dengan betul dan sempurna. Kata kunci: Gamifikasi, Global Umrahaji Game (GUG), Pengajaran dan Pembelajaran, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Sistem Crowdfunding Dalam Membantu Pesakit Jantung Di Malaysia Ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Azman Ab Rahman ;Wan Muhammad ‘Irfan Wan Mohd Nazirin, ;Muhammad Faiz Abd. Shakor, ;Nurul Nadia Nozlan, ;Afaf Sukari, ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanWawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil. Terdapat tujuh teras strategik bagi merealisasikan dasar kerajaan ini antaranya ialah kesejahteraan sosial, modal sosial, modal insan dan lain-lain. Teras ketujuh strategik iaitu modal sosial yang mempunyai beberapa sasaran bagi meningkatkan positif indeks termasuk indeks kesihatan rakyat dilihat amat bertepatan dengan konsep crowdfunding bagi pesakit jantung di Malaysia bagi mencapai gagasan WKB 2030. Sistem crowdfunding merupakan salah satu kaedah pengumpulan dana melalui capaian internet menerusi laman sesawang yang dikhaskan kepada orang ramai untuk memberi sumbangan dengan lebih cepat. Kaedah ini sebenarnya menggalakkan orang ramai saling bantu-membantu antara satu sama lain. Namun, di Malaysia, penggunaan sistem crowfunding dalam konteks bantuan dana bagi pesakit jantung masih lagi di tahap yang rendah. Oleh itu, penggunaan sistem crowdfunding dilihat amat penting untuk dilaksanakan bagi mencari dan mengumpul dana pesakit jantung yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem crowdfunding yang telah dilaksanakan di Malaysia termasuk mengkaji keperluan pembangunaan sistem crowdfunding dalam membantu pesakit jantung. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati sistem crowdfunding bagi mengumpul dana kos rawatan kepada pesakit jantung di Malaysia amat perlu dibangunkan dan diperhalusi sebaik mungkin oleh pihak yang ingin menyediakan sistem ini di samping kerjasama erat bersama pihak IJN dan mereka yang ingin membantu dalam menjayakan projek ini. Kajian lanjutan berkaitan keperluan penggunaan sistem crowdfunding yang lebih sistematik dan berpusat perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan bebanan serta permasalahan yang berlaku kepada masyarakat hari ini terutama golongan pesakit jantung. Kata Kunci: Crowdfunding, Bantuan, Pesakit Jantung, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Dalam Memenuhi Hak-Hak Orang Kurang Upaya (OKU) Menurut Perundangan Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Nurul Nadia Nozlan, ;Azman Ab RahmanHasnizam HashimBerdasarkan prinsip "leaving no one behind," Agenda 2030 menekankan pendekatan holistik untuk mencapai Pembangunan Mampan atau Lestari untuk semua. Prinsip tersebut turut selari dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bahkan, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 turut memberikan penekanan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai kumpulan sasaran. OKU juga merupakan antara golongan yang perlu diberikan penekanan dalam menjamin hak-hak yang sewajarnya di sisi undang-undang Malaysia dan sejajar dengan prinsip yang digariskan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dasar dan undang-undang berkaitan hak-hak OKU menurut perundangan Malaysia. Kajian juga ingin meninjau sama ada dasar dan undang-undang yang menjamin hak-hak OKU ini telah menerapkan prinsip SDGs dalam perlaksanaan perundangannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dokumentasi dan pemerhatian sebagai panduan untuk mengkaji penerapan SDGs dalam dasar dan undang-undang yang menjamin hak-hak OKU di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa antara dasar dan undang-undang yang menjamin hak-hak OKU di sisi undang-undang adalah Akta Orang Kurang Upaya 2008. Manakala, terdapat penerapan SDGs yang telah diadaptasikan dalam peruntukan undang-undang dan dasar tersebut selari dengan hak-hak yang menjamin OKU di sisi undang-undang. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan rujukan dalam mengetahui maklumat berkenaan SDGs dan kepentingannya kepada OKU serta masyarakat secara umum. Kata kunci: Penerapan, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), Hak-Hak OKU, Perundangan dan Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A Systematic Analysis of Islamic and Legal Perspectives on The Rights of Persons with Disabilities (PWDs)(USIM Press, 2021-12-01) ;Nurul Nadia Nozlan, ;Azman Ab. RahmanHasnizam HashimUndoubtedly, it cannot be denied rights of Persons with Disabilities (PWDs) preserved and protected under Islamic and Legal perspectives. Islam sees the disability as morally neutral and given equal preservation just like any other human being. Ensuring their inclusiveness can help achieve global goals, realizing the Sustainable Development Goals (SDGs) by, for, and with PWDs. Building on the principle of "leaving no one behind," the new Agenda emphasizes a holistic approach to achieving sustainable development for all (United Nations, 2016). This research examined the rights of PWDs according to Islamic and legal perspectives. This study uses the PRISMA methodology and two electronic databases from SCOPUS and HeinOnline systematically searched for papers or articles relating to Islam and disabilities, legal perspective, and the rights of PWDs over the period 2010 until 2020. The data collected was analyzed and recorded in the PRISMA flow chart. The result shows that 54 articles showed from the searching on both databases. However, only 28 journal articles were selected and analyzed after the final filter in the qualitative and quantitative synthesis. Ten interesting articles were chosen for discussion on the Islamic and legal perspectives on the rights of PWDs. Hopefully, this research will provide a useful overview and discussion of the systematic analysis of PWD rights from Islamic and legal perspectives using PRISMA methodology, as well as serve as a reference for other researchers and academics.