Browsing by Author "NurulHuda Izyana"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadis Dalam Khutbah Jumaat: Kepentingan dan Kesannya Menurut Perspektif Hadis(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;NurulHuda Izyana ;Syed Najihuddin Syed HasanNur Saadah Hamisan@KhairHadis ialah bidang ilmu yang wajib dipelajari kerana kepentingannya dalam syariat Islam. Sebagai sumber utama perundangan Islam, hadis menjelaskan, menghuraikan serta menguatkan pengajaran yang disampaikan dalam Al-Quran. Dalam penyampaian khutbah Jumaat, hadis turut dinyatakan sebagai salah satu sandaran dalil yang menguatkan hujah kepada isi kandungan khutbah tersebut. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam pada masa kini masih belum memahami sepenuhnya tentang kepentingan hadis dalam khutbah Jumaat sehingga boleh memberi kesan kepada perubahan akhlak serta tingkah laku mereka. Justeru, kajian ini dijalankan bagi (1) mengenalpasti kepentingan hadis dalam khutbah Jumaat, (2) mengenalpasti kesan hadis dalam khutbah Jumaat terhadap pembentukan sahsiah masyarakat Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu menggunakan pendekatan analisis induktif tematik dengan melakukan pemilihan hadis secara rawak dari tajuk teks khutbah Jumaat di Malaysia. Hasil kajian menemukan beberapa usaha penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang kepentingan hadis yang disampaikan melalui khutbah Jumaat yang juga menjadi salah satu metode penting dalam dakwah Islamiyyah. Hadis-hadis yang disampaikan melalui khutbah Jumaat mampu mengubah akhlak dan tingkah laku masyarakat dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan sosial mereka di samping membantu menyelesaikan isu serta permasalahan yang dihadapi