Browsing by Author "Nurulhuda Izyana Hamzah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadis Berkaitan Khutbah Jumaat dan Keberkesanannya dalam Metodologi Dakwah(Faculty of Islamic Contemporary Studies,UNIZA, 2022) ;Nurulhuda Izyana Hamzah ;Syed Najihuddin Syed HassanNur Saadah Hamisan@KhairKhutbah Jumaat ialah ucapan berbentuk syarahan yang disampaikan oleh seorang khatib pada hari Jumaat. Khutbah juga merupakan salah satu medium dakwah secara lisan yang menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, mutu khutbah pada masa kini masih dipengaruhi oleh jangka masa dan keadaan semasa yang mana dibimbangi tidak memberi kesan positif kepada pendengar. Sebagai contoh, wujud segelintir ahli jemaah yang tidak mengambil perhatian dan manfaat serta kebaikan daripada pelaksanaan solat Jumaat iaitu mendengar khutbah. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama: Untuk menjelaskan keberkesanankhutbah Jumaat sebagai salah satu metodologi dakwah;danuntuk menghuraikan hadis Nabawi yang membincangkan tentang kewajipan mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang kepentingan mendengar khutbah Jumaat serta perkara-perkara yang tidak digalakkan semasa khatib sedang berkhutbah. Hal ini kerana,khutbah mengandungi pelbagai pesanan dan intipati yang bermanfaat bagi pendengar untuk memantapkan akidahdi samping untuk terus menguatkan kepercayaan kepada Allah SWT. Ia juga menjadi benteng penguat kepada iman umat Islam dan merupakan salah satu wasilah yang berkesan dalam konteks dakwah.