Browsing by Author "Nurulhuda Mat Hassan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication COVID-19: Perspektif Psikospiritual Islam bagi Pelajar(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-02-18) ;Aisyah Najibah Ahmad Najmee, ;Adriana Qistina Tan, ;Adib Fahmy Awang, ;Nor Raihan ZulkeflyNurulhuda Mat HassanImpak COVID-19 sangat besar kepada seluruh masyarakat termasuk kepada para pelajar. Pelajar-pelajar terpaksa menghadapi perintah pengawalan pergerakan dan apabila kembali ke sekolah, menghadapi pelbagai adaptasi pembelajaran dan prosedur kendalian standard. Penyebaran pandangan Islam terutamanya daripada perspektif psikospiritual penting kerana berpotensi menguatkan semangat para pelajar menghadapi keadaan mencabar ini. Dengan itu, satu tinjauan naratif tentang perspektif psikospiritual Islam berkenaan COVID-19 telah dilakukan melalui carian artikel di internet.COVID-19 merupakan penyakit yang disebabkan sindrom pernafasan coronavirus-2(SARS-CoV-2) yang dikenalpasti pada Disember 2019 di Wuhan, China. Kini, ia tersebar secara global melibatkan 215 negara dan mengakibatkan lebih sejuta kematian. Di Malaysia, pengawalan wabak ini amat mencabar dimana melibatkan penutupan sekolah dan pelbagai sekatan di sekolah-sekolah berasrama. Impak COVID-19 ini berpotensi menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pelajar. Dalam Islam, wabak penyakit perlu dilihat sebagai ujian daripada Allah. Ia boleh jadi disebabkan kelakuan manusia tanpa kita sedari, sehingga Allah memberi peringatan kepada kita. Anjuran Islam menghadapi wabak ini adalah dengan mengkuarantinkan pesakit-pesakit, bersikap sabar, tidak keluar daripada kawasan wabak, serta mengharapkan keredhaan dan ganjaran daripada Allah. Pelajar boleh melakukan amalan psikospiritual seperti solat pada waktunya, berzikir dan berdoa memohon perlindungan Allah. Pelajar perlu mengamalkan saranan kebersihan yang amat dianjurkan oleh Islam. Menimba ilmu dan mendapatkan maklumat yang sahih juga tuntutan dan tugas seorang pelajar. Bertafakur serta melihat wabak ini sebagai sesuatu yang mengingatkan kita kepada kekuasaan dan ketentuanNya dapat meningkatkan keimanan sehingga dirasakan ketenangan dan pengharapan hanya kepadaNya. Kesimpulannya, terdapat banyak saranan psikospiritual Islam kepada pelajar yang dapat membantu adaptasi pelajar menghadapi wabak ini.