Browsing by Author "Nurulwahidah Fauzi,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Halia (zingiber Officinale Roscoe) Menurut Perspektif Agama Islam Dan Sains: Analisa Terhadap Manuskrip Melayu Terpilih(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018) ;Rita Nursuhaila Ridzuan, ;Nurulwahidah Fauzi, ;Ros Mahwati Ahmad Zakaria, ;Khalijah Awang, ;Muhammad Widus SempoHaslinda Mohd SallehKebanyakan masyarakat pada hari ini menggunakan tumbuhan herba dalam perubatan yang dikenali sebagai perubatan tradisi. Kajian ini menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) kerana pokok halia amat berpotensi sebagai ubat-ubatan selain digunakan sebagai perasa dan makanan. Halia dilaporkan sebagai salah satu ramuan perubatan dalam tradisi perubatan melayu seperti rawatan untuk muntah, membuang angin, penyakit dalam usus dan sebagainya. Artikel ini mempunyai beberapa objektif penting iaitu: 1) mengkaji kepentingan tumbuhan halia daripada perspektif agama, 2) menganalisis tumbuhan halia yang terdapat dalam tradisi dan manuskrip perubatan Melayu, 3) menganalisis penemuan saintifik dan kandungan fitokimia yang terdapat dalam pokok halia (Zingiber Officinale Roscoe) serta potensi perubatannya. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis kualitatif untuk melihat produktiviti penggunaan dan manfaat pokok halia dalam masyarakat kita pada hari ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh penulis mendapati kajian ini penting untuk difahami agar tumbuhan herba ini dapat digunakan secara komersial sama ada dalam bidang perubatan, kosmetik dan dijadikan makanan seharian.