Browsing by Author "Osman, M. R."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesan Penerimaan Aplikasi Istihalah Terhadap Hukum Produk yang Mengandungi Derivatif Muharramat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Mahaiyadin, M. H.Osman, M. R.Kajian ini ingin meneliti pandangan fuqaha mengenai istihalah sebagai suatu instrumen purifikasi suatu benda haram yang berubah kepada suatu benda baharu dengan semua rupa, sifat dan ciri yang berbeza daripada keadaan asal. Penerimaan atau penolakan terhadap instrumen ini memberikan kesan terhadap hukum penggunaan produk yang mengandungi pelbagai derivatif muharramat seperti gelatin, plasma darah dan alkohol yang terkandung dalam kebanyakan produk makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Kajian ini bersifat kualitatif yang akan menganalisis pelbagai pandangan fuqaha mengenai istihalah yang telah mempengaruhi beberapa keputusan fatwa oleh Islamic Fiqh Council (IFC) di bawah The Muslim World League, The Islamic Organization for Medical Sciences (IOMS) dan al-Lajnah al-Da'imah li al-Buhuth al-'Ilmiyyah wa al-Ifta' kerajaan Arab Saudi ataupun di peringkat tempatan seperti Majlis Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MJFMK) Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri mengenai hukum penggunaannya. Kajian ini mendapati pendirian MJFMK kelihatan amat ketat berbanding institusi Islam luar yang menunjukkan amalan yang agak terbuka bagi menyelesaikan kemelut kepenggunaan di peringkat global. Justeru, akan dikemukakan beberapa rumusan yang perlu diberikan perhatian dalam menangani isu kepenggunaan masa kini.