Browsing by Author "Othman, M. Y."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Evolusi Konsep Manusia dalam Tasawur Barat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Othman, M. Y. ;Faszly Rahim ;Wan Abdullah, W. N.Zulkarnain, A. R.Tasawur mempengaruhi pandangan manusia terhadap persoalan hakikat dan kejadian manusia. Pandangan Islam terhadap persoalan ini tidak pernah berubah walaupun dianuti oleh pelbagai bangsa dan budaya disebabkan sumber wahyu menjadi kerangka asas kepada tasawur Islam. Quran dan sunnah telah memberikan garis panduan yang jelas mengenai hakikat manusia dan juga kejadian manusia diciptakan. Oleh demikian pendapat muslim mengenai isu ini kukuh dan tidak berubah sehingga ke zaman moden. Hal ini berbeza dengan tamadun Barat yang melalui perubahan pandangan terhadap isu ini disebabkan berlaku perubahan dan evolusi kepada tasawur mereka. Umumnya, pandangan masyarakat Barat terhadap hakikat dan kejadian manusia berevolusi daripada mitos penciptaan Yunani Kuno kepada penciptaan oleh Tuhan yang Esa sewaktu era Kristian dan akhirnya kepada tasawur naturalistik yang tidak menempatkan tuhan dalam kejadian manusia. Artikel ini cuba menjelaskan kaitan antara evolusi pemikiran dan tasawur masyarakat terhadap hakikat serta penciptaan manusia.