Browsing by Author "Othman, M.B."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Strategi Penyampaian Mesej Dakwah Islamiah Dalam Halaman Facebook(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Badruddin, M.N. ;Othman, M.B.Mohd Jalil, N.H.Globalisasi media baharu menyumbang transformasi dalam kaedah penyampaian mesej dakwah Islamiah. Para pendakwah mula menggunakan media sosial khususnya Facebook sebagai medium berdakwah disebabkan pelbagai kelebihan medium ini. Kajian terhadap mesej dakwah Islamiah menerusi medium ini didapati kurang dilaksanakan. Elemen ini penting untuk lebih difahami memandangkan matlamat komunikasi dakwah Islamiah adalah untuk menyampaikan mesej. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti strategi penyampaian dakwah Islamiah dalam halaman Facebook. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis tematik. Hasil yang diperoleh mendapati strategi penulisan yang mempunyai pengaruh maklumat merupakan strategi yang kerap diaplikasikan oleh pendakwah. Kajian seterusnya boleh dilaksanakan terhadap kiriman mesej dalam bentuk media lain seperti audio, video dan info grafik. Dapatan kajian dapat berfungsi sebagai rangka rujuk kepada pendakwah dan juga agensi-agensi dakwah dalam mempraktikkan dan menstrategikan pembentukan mesej dakwah menerusi media sosial.