Browsing by Author "Othman, M.S."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Pengajaran Akidah Kepada Kanak-Kanak Menurut Al-Quran Dan Imam Ghazali Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Othman, M.S.Kassim, A.Y.Objektif utama kajian ialah mengkaji berkaitan konsep pengajaran akidah bersandarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada kanak-kanak menurut perspektif al-Quran dan Abu Hamid Muhammad b Muhammad Al-Ghazzali (505h/1111m). Kajian ini memperincikan setiap pendekatan yang terdapat di dalam al-Quran dan pentafsiran oleh Imam al-Ghazali serta perkaitannya dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini berbentuk penyelidikan kepustakaan dan bersifat kualitatif. Metodologi pengumpulan data menggunakan kitab al-Quran sebagai sumber primer dan proses penganalisisan data menggunakan metod analisis isi kandungan terhadap penafsiran oleh ilmuan Islam yang mempunyai kesamaan sinonim atau terangkum di dalam maksud pengajaran akidah berteraskan elemen pemikiran aras tinggi (KBAT). Dapatan kajian menghasilkan dua kerangka utama di dalam pengajaran akidah kepada kanak berasaskan al-Quran. Kerangka pertama, kaedah pengajaran dan kerangka kedua adalah proses bagaimana pengajaran akidah dilaksanakan. Kesepaduan di antara dua kerangka ini membentuk penghasilan yang berbentuk kefahaman, penghayatan dan amalan di kalangan kanak-kanak. Secara keseluruhan pengajaran akidah seharusnya menitikberatkan asas yang dibentuk daripada al-Quran dan Imam al-Ghazali bagi memastikan penghayatan dan pengamalan akidah menepati kehendak yang ditetapkan oleh Allah swt serta menepati konsep pemikiran aras tinggi (KBAT).