Browsing by Author "Othman bin Ab Rahman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Pengurusan Konflik Dalam Pendekatan Kaunseling Kelompok(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Othman bin Ab Rahman ;Mizan Adiliah Ahmad IbrahimSaedah Abd GhaniKajian ini bertujuan mengukur keperluan pengurusan konflik dalam pendekatan kaunseling kelompok. Sekumpulan bakal kaunselor telah diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dari aspek tahap tolak ansur, mengelak, penyesuaian, persaingan serta tahap kerjasama melalui kaunseling kelompok. Rekabentuk kajian ini adalah kajian eksperimental dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16. Kajian ini melibatkan 28 orang subjek kajian yang mempunyai ciri-ciri homogenus dari aspek tahap kemahiran dan jantina di mana subjek kajian telah dipilih secara rawak bebas. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok A yang diberi latihan pengurusan konflik manakala kelompok B adalah kelompok kawalan. Inventori yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974). Di awal kajian, kedua-dua kelompok A dan B telah menjalani ujian pra di mana Inventori Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974) digunakan untuk mengukur tahap-tahap kemahiran pengurusan konflik mereka. Seterusnya subjek kajian kelompok A menjalani latihan pengurusan konflik manakala kelompok B tidak menjalani sebarang latihan kerana mereka adalah kelompok kawalan. Selesai sesi latihan, kedua-dua kelompok A dan B menjalani ujian pasca di mana sekali lagi tahap kemahiran pengurusan konflik mereka diukur. Selain daripada data kuantitatif yang diperolehi daripada Ujian Pengurusan Konflik Thomass-Kilman (1974), data kualitatif juga diperolehi daripada sesi temubual terhadap subjek kajian yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kelompok A, iaitu r=0.022, p < 0.05 manakala kelompok B tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan ini telah disokong oleh data kualitatif di mana subjek kajian mengakui sikap bekerjasama dan tolak ansur telah mereka perolehi melalui Latihan Pengurusan Konflik yang telah dijalankan.