Browsing by Author "Phayilah Yama Zakaria"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Khunsa dan Mukhannath Menurut Perspektif Hadith dan Pengaruhnya di Media Sosial(USIM Press, 2021-12) ;Siti Azwanie Che Omar ;Phayilah Yama ZakariaNur Hajar DehisKhunsa dan mukhannath adalah dua maksud yang berbeza dari segi definisi mahupun pengkelasan jantina. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih kini, golongan mukhannath semakin berani untuk kehadapan bagi menyuarakan hak dan suara mereka terutamanya di media sosial. Tujuannya, bagi meraih simpati ramai pihak untuk kesamarataan sebagai rakyat Malaysia. Namun begitu, matlamat atau naluri tidak menghalalkan cara bagi membolehkan undang-undang untuk terus menerus menepati janji yang ingin mereka kecapi. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengumpul maklumat melalui metode keperpustakaan dan dokumentasi. Setelah dianalisis secara kritis, hasil kajian menunjukkan perbezaan yang jelas antara golongan khunsa dan mukhannath, hal ini kerana khunsa merupakan tanda kebesaran Allah yang tidak ternilai dan boleh diselesaikan dengan cara ubatan daripada doktor-doktor pakar dan juga persetujuan daripada persepakatan para ulama. Hal ini berbeza dengan golongan mukhannath yang jelas hukumnya haram kerana mengubah ciptaan Allah semata-mata kerana nafsu. Pada masa yang sama, penulis juga mengemukakan cadangan kajian mengenai kesan perkembangan golongan mukhannath yang terdapat di Malaysia. Konklusinya, semua pihak perlu memainkan peranan penting terutamanya ibu bapa bagi memastikan keadaan anak-anak terkawal bermula daripada tumbesaran mereka lagi.