Browsing by Author "Raja Jamilah Raja Yusof"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru(Jurnal Intelek, UiTM Perlis, 2015) ;Mohd Farhan Md Ariffin ;Khadher Ahmad ;Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff ;,Khalijah Awang ;RozanaOthman ;Monika@Munirah Abd Razzak ;Raja Jamilah Raja Yusof ;Nurulwahidah FauziMohd Asmadi YakobKapur barus (camphor) merupakan khazanah alam semulajadi yang amat bernilai. Trendpenerbitan penyelidikan berkenaan kapur barus telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubungkapur barus. Merujuk hasil ̳literature review‘, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kapur barus didominasi oleh artikel jurnal (65.6%) dan buku (26.2%). Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan kapur barus kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada lima bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap kapur barus meliputi bidang Pharmacology, Bio-Teknologi, Sains Botani, Bio-PerubatandanBio-Kimia. Dinilai dari jumlah penyelidikan, sebanyak 43 jenis bahan melibatkan kajian dari aspek saintifik dibandingkan hanya 3 berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies) dan 15 berkaitan sejarah (histories). Namun, penyelidikan mengenai pokok dan sifat kapur barus spesies Asia Tenggara Tenggara (jenis Dryobalanops Camphora Aromatica)amat kurang. Kajian paling banyak berkisar mengenai kapur barus yang hanya terdapat di China dan Jepun (jenis Cinnamomum camphora).Oleh itu, bahan ilmiah berkaitan pokok kapur barus Asia Tenggara, Dryobalanops Camphora Aromaticadari kedua sudut agama, juga perincian saintifikamat terhad. Justeru, usaha lanjutan terhadap kapur barus diharapkan mampu menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia.