Browsing by Author "Razali, W. N."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi Pelajar Melayu di UNITEN(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Amin, N. ;Abdul Rahman, N. A. ;Razali, W. N.Abdul Wahab, M. F.Penggunaan tulisan Jawi yang terhad di media telah menjadi cabaran baru kepada para pencinta tulisan Jawi. Pengaruh globalisasi serta persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi telah mewujudkan satu keadaan yang membimbangkan tentang tahap penggunaan tulisan Jawi terutamanya di media massa. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan persepsi dari kalangan pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkaitan penggunaan tulisan Jawi di media massa. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai persepsi pelajar Melayu di UNITEN berkaitan usaha pemeliharaan tulisan Jawi dan penggunaan tulisan Jawi di media. Pelajar Melayu ini merupakan golongan muda yang mewakili generasi baru dalam masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai sumber maklumat berkaitan isu yang dikaji. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa tulisan Jawi perlu mendapat kedudukan yang baik di media massa. Antara cadangan penting yang diberikan oleh responden adalah peranan pihak berkuasa tempatan untuk mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan. Kajian ini penting sebagai bahan rujukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya sebagai salah satu usaha pemeliharaan tulisan Jawi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Abdul Rahman, N. A. ;Mohd Amin, N.Razali, W. N.Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam pembinaan tamadun Melayu, khususnya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka telah digunakan dalam bidang persuratan sebagai cara untuk merakamkan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005). Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga, kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu beragama Islam (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Walau bagaimanapun, kajian Madihah Mohamad (2007) menunjukkan pelajar Melayu hari ini sudah tidak berminat membaca dan menulis menggunakan tulisan Jawi. Berdasarkan isu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (UNITEN) berkaitan kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu lambang identiti bangsa Melayu, dan kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu beragama Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium pengumpulan data, dan data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati, majoriti pelajar Melayu UNITEN yang terlibat dengan kajian ini bersetuju bahawa kemahiran menggunakan tulisan Jawi merupakan salah satu lambang identiti bagi bangsa Melayu di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti Melayu beragama Islam.