Browsing by Author "Rohana binti Zakaria"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Elemen Tadabbur Al-quran Dalam Kalangan Pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)(Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2020) ;Rohana binti Zakaria ;Noorhafizah binti Mohd Haridi ;Mardhiah Yahaya ;Shaharuddin PangilunHayati binti HusinTadabbur al-Quran merupakan satu kewajipan yang digesa oleh Allah SWT kepada manusia. Bukan sekadar membaca dan menghafaz sahaja. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti dan menganalisis penerapan elemen tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz dalam proses menghafaz dan berinteraksi bersama al-Quran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif.Soal selidik digunakan sebagai metodologi penyelidikan dengan keseluruhan responden kajian di tiga Maahad Institut Tahfiz di Selangor (MITS). Kajian ini dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan elemen tadabbur dalam kalangan pelajar di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.69). Maka, bagi meningkatkan lagi proses penerapan elemen tadabbur di kalangan pelajar, semua pihak berwajib perlu mengambil perhatian sepenuhnya tentang pentingnya pelajar perlu didedahkan dengan penerapan elemen tadabbur agar isi kandungan al-Quran itu difahami,dihayati dan diamalkan seterusnya melahirkan hafiz dan hafizah yang cemerlang dunia dan akhirat.