Browsing by Author "Rosdiana Onga"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa Pembedahan Pertukaran Jantina Di Malaysia(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2018) ;Rosdiana Onga ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd. Hakim MohadPada dasarnya Islam mengiktiraf jantina biologi manusia iaitu samaada lelaki ataupun perempuan. Namun begitu, masalah kecelaruan identiti gender yang dialami oleh sesetengah kelompok yang dikenali sebagai transeksual seringkali dikaitkan dengan pembedahan untuk menukar jantina. Di Malaysia, perbahasan berkenaan isu penukaran jantina telah ditetapkan hukumnya melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pembedahan untuk menukar jantina kecuali dalam situasi khunsa. Kertas ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan fatwa yang menerima dan menolak pertukaran jantina dengan memberi fokus kepada alasan penerimaan dan penolakannya. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan. Perbahasan mengenai isu pertukaran jantina menunjukkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hanya membenarkan khunsa untuk melakukan penyempurnaan jantina yang tidak jelas. Hal ini berbeza dengan mukhannas yang telah jelas jantina mereka dan tidak memerlukan sebarang perubahan kerana dianggap mengubah ciptaan Allah swt.