Browsing by Author "Salmah Omar"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Kesedaran Personaliti Religiositi dan Kawalan Pemakanan ke Atas Pembentukan Tahap Kerohanian dan Kecemerlangan Mahasiswa Universiti(Penerbit USIM, 2024) ;Rafidah Mohamad Cusairi ;Salmah Omar ;Solahuddin Abdul Hamid ;Syed Sultan Bee Packeer MohamedManvender Kaur A/P Sarjit SinghKualiti makanan terkait dengan elemen manusia; sumber dan personaliti penyedia mempunyai kesan ke atas nilai halal dan toyyib. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa religiositi dan personaliti individu boleh diukur. Antara prinsip pengukuran yang dicadangkan ialah manifetasi iman, islam dan ihsan yang dimanifestasikan dalam bentuk amalan atau perbuatan. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif iaitu faktor yang membentuk personaliti religiositi pengendali premis makanan pada persepsi pelajar dan mengenal pasti sama ada faktor kawalan pemakanan pelajar dan persepsi mengenai personaliti religiositi pengendali makanan mempengaruhi persepsi pelajar terhadap tahap pembentukan tahap kerohanian mereka. Kajian tinjauan deskriptif ini menggunakan metod temubual dan soal selidik yang diedarkan di kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Analisis kesahan konvergen menggunakan applikasi PLS-SEM menunjukkan bahawa pelajar melihat kepatuhan agama sebagai komponen penting yang menunjukkan personaliti religiositi pengendali premis makanan. Dapatan juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersifat terbuka terhadap personaliti pengendali premis makanan berdasarkan nilai varian faktor ini yang besar (var=0.874) berbanding faktor kepatuhan agama (var=0.439). Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar tidak begitu kisah tentang perkara yang berkaitan tuntutan agama yang boleh dilihat daripada personaliti pengendali premis makanan. Analisis juga mendapati faktor kawalan pemakanan oleh pelajar sendiri (b=0.511, p<0.05) dan persepsi mengenai personaliti religiositi pengendali makanan (b=0.331, p<0.05) didapati mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pembentukan tahap kerohanian diri mereka. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Prosedur Tauliah Mengajar dan Ceramah di Masjid: Kajian di Negeri Kedah dan Perlis(Penerbit USIM, 2024) ;Nor Hanani Ismail ;Rukhaiyah Abd. Wahab ;Salmah OmarMinah HarunMasjid merupakan tempat ibadah dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengembangan spiritual dan penyebaran dakwah. Salah satu perkara yang terkait dengan pendidikan di masjid ialah tauliah mengajar. Tauliah merupakan tanda pengakuan atas pemilihan seseorang sebagai pengajar atau penceramah di masjid. Dengan adanya tauliah mengajar, umat Islam di masjid memperoleh pengajaran agama yang berkualiti dan sahih. Persoalannya, apakah prosedur bagi permohonan mendapatkan tauliah mengajar dan memberi ceramah di masjid?. Justerus kajian ini dijalankan, bagi mengenalpasti prosedur permohonan tauliah mengajar dan memberi ceramah di masjid. Skop kajian ini adalah tertumpu di negeri Kedah dan Perlis yang dijadikan sebagai asas kajian. Jabatan Mufti bagi kedua-dua negeri merupakan institusi yang berautorit dalam mengeluarkan kelayakan tauliah pemohon di kedua buah negeri. Kaedah pengumpulan data menerusi dokumentasi yang berkaitan prosedur permohonan tauliah di negeri Kedah dan Perlis. Kajian mendapati terdapat enam prosedur dengan tujuh perkara tenknikal bagi mendapatkan tauliah mengajar bagi Negeri Kedah dan empat prosedur teknikal bagi negeri Perlis.