Browsing by Author "Samian, A. L."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Hamdan, N. A. ;Samian, A. L.Muslim, N.Isu sains tauhidik masih baru dibahaskan dalam masyarakat kita. Oleh itu, kertas kerja ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang sains tauhidik ke arah pembangunan tamadun melayu. Pengkaji melihat dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu. Beliau ialah seorang saintis fizik iaitu Prof Dr Khalijah Mohd Salleh. Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembentukan gagasan sains tauhidik. Dalam Tamadun Islam, ilmu tauhid menjadi asas utama dalam pemikiran sains. Tugas utama para penggerak ke arah pembangunan sains tauhidik adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam yang berpaksikan ilmu ketuhanan. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim terhadap pembentukan sains tauhidik merupakan suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam ke arah membangunkan tamadun melayu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemikiran Mohd Yusof Othman Dalam Sains Tauhidik Ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Che Ab Rahman, H. ;Samian, A. L.Muslim, N.Sains memainkan peranan utama untuk mencipta teknologi bagi kemajuan negara dan menjadi antara salah satu teras kepada pembentukan tamadun manusia. Tamadun Barat telah mengolah ilmu sains yang diperoleh daripada tamadun-tamadun sebelumnya terutamanya tamadun Islam menjadi sains yang sekular dan liberal. Usaha pengembalian sains ke tempatnya perlu dijadikan suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh para ilmuan. Usaha-usaha ini memerlukan rujukan pemikiran tokoh yang berusaha memikirkan suatu penyelesaian ke arah membangunkan sains mengikut kehendak dan pandangan agama Islam. Justeru, tokoh ilmuan Muslim Melayu yang telah lama bersara yang menyumbang dalam usaha mengintegrasikan sains dan agama diketengahkan dalam kajian ini untuk menonjolkan pemikiran dan usaha beliau dalam membangunkan sains dalam kerangka agama Islam sebagai suatu usaha ke arah membangunkan tamadun Melayu yang menepati citarasa dan kehendak agama. Mohd Yusof yang telah mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan dan mempopularkan "Sains Tauhidik" adalah antara ilmuan yang telah memberikan buah fikiran melalui penulisan, penyampaian lisan dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Usaha Mohd Yusof yang membangunkan pendekatan sains Tauhidik dan mempertahankan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan adalah untuk memperkasakan tamadun Melayu yang berilmu dan dalam masa yang sama patuh kepada segala kehendak dan aturan Islam .