Browsing by Author "Samrah Ag. Damit,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Norma Dan Adat Kelahiran Masyarakat Kedayan Di Sipitang, Sabah(Selangor International Islamic University College, 2018) ;Samrah Ag. Damit, ;Ros Aiza Mohd MokhtarAbd Hakim MohadSuku kaum Kedayan adalah masyarakat peribumi Sabah yang tinggal di daerah Sipitang, Sabah. Masyarakat ini kaya dengan amalan dan adat tradisi yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Antara adat yang menarik untuk dikongsikan ialah tentang adat kelahiran yang mereka amalkan. Menurut kepercayaan masyarakat ini, adat tradisi, petua dan pantang larang mempunyai makna dan tujuan yang baik. Justeru, amalan adat mesti dipatuhi bagi mengelakkan sebarang musibah atau perkara yang tidak diingini kepada si ibu atau si anak. Adat kelahiran yang menjadi amalan masyarakat Kedayan mempunyai tiga peringkat iaitu adat semasa mengandung, selepas melahirkan anak, dan sewaktu berpantang hingga hari yang ke-44. Makalah ini membincangkan tentang adat kelahiran masyarakat ini yang merangkumi upacara "pamulaan", pantang larang suami isteri, upacara memotong tali pusat, memandikan tembuni, upacara menggantung tembuni, menimbang bayi yang lahir pada bulan Safar dan adat berpantang selama 44 hari. Metod kajian adalah bersifat kualitatif yang dilakukan di beberapa kampung di Sipitang, menerusi temu bual mendalam informan penting yang terdiri daripada bidan kampung yang berpengalaman dan orang tua Kedayan yang mahir tentang adat masyarakatnya. Pendokumentasian ini penting agar norma dan adat tradisional masyarakat ini tidak hilang ditelan zaman.