Browsing by Author "Shah Rizul Izyan binti Zulkiply"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Visual Kandungan Surah Pilihan Bagi Tilawah Orang Kurang Upaya (OKU)(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad bin Kamaruddin ;Putera Nurizzhar Mahfuz bin Mohd Azri ;Muhammad Azfar Danial bin Muhammad AzahamShah Rizul Izyan binti ZulkiplyAl-Quran adalah pedoman hidup bagi setiap muslim. Al-Quran merangkumi semua aspek kehidupan. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam untuk mempelajari Al-Quran dan memahami isi kandungan bagi setiap surah dan ayat-ayat yang mereka baca. Begitu juga bagi orang pekak, pembelajaran amat penting untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang maksud surah-surah dalam Al-Quran. Sementara itu, menurut Izuli Dzulkifli (2022), orang pekak juga berhak mempelajari Al-Quran secara formal. Malangnya, orang pekak kurang diberikan pendedahan dan penekanan untuk mempelajari dan memahami isi kandungan surah-surah dalam Al-Quran. Mengetahui bahawa visual merupakan kekuatan Orang Pekak yang di boleh digunakan untuk pembelajaran, maka kajian ini bertujun untuk menganalisis kandungan Al-Quran secara visual bagi memberikan ruang dan peluang orang pekak mempelajar Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian teks bagi mencadangkan visual yang sesuai untuk kandungan tiga surah sebagai sampel kajian iaitu surah al-Humazah, al-’Ala dan Ad-Dhuha. Pemilihan tiga surah adalah kerana surah-surah ini diantara surah yang sering dibaca ketika solat dalam juzu’ amma. Dapatan kajian ini menunjukkan beberapa cadangan visual bagi kandungan surah tersebut. Diharapkan kajian ini dapat memantu Orang Pekak untuk memahami Al-Quran dan tutur boleh dijadikan bahan bagi pembangunan aplikasi atau perisian tilawah Al-Quranbagi Orang Pekak.