Browsing by Author "Shaharuddin, Norhasimah Binti"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Waqaf Pendidikan Di Ipt Malaysia: Satu Alternatif Untuk Mengurangkan Kos Pengajian(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014-04-29) ;Wan Ahmad, Wan Azmi Bin ;Othman@Seman, Muhammad Muzakkir Bin ;Abdul Wahab, Mohd Hafiz BinShaharuddin, Norhasimah BintiPeningkatan taraf hidup masyarakat turut memberikan impak ke atas kos melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, baik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maupun swasta (IPTS). Bagaikan satu fenomena, bebanan kos pengajian ini terpaksa ditanggung oleh para pelajar melalui pinjaman pendidikan yang diperoleh dari badan-badan kerajaan pusat ataupun negeri, bank dan juga badan-badan korporat. Hal ini bukanlah suatu yang baik kerana para pelajar tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang untuk mendapatkan pendidikan. Apatah lagi, menurut Islam tanggungjawab ini perlu dipikul oleh ibubapa. Sudah tiba masanya masyarakat Islam mengkaji semula peranan yang boleh dimainkan oleh institusi waqaf justeru sejarah telah mencatatkan bahawa institusi wakaf telah banyak memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai salah satu mekanisme yang berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup umat Islam dalam pelbagai bidang kehidupan termasuklah pendidikan. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada peranan institusi wakaf dalam mengurangkan beban kewangan pelajar sepanjang pengajian mereka di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Dengan membangunkan sistem wakaf pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, sebahagian kos pengajian ini boleh dialihkan daripada bebanan para pelajar tanpa menjejaskan kewangan IPT berkenaan.109 22