Browsing by Author "Shaharuddin Saad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor: Satu Kajian Rintis Terhadap Penguasaan Ilmu Tajwid(Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS, 2017) ;Zainora binti Daud ;Shaharuddin SaadAhmad Shahir MasdanIlmu Tajwid merupakan ilmu yang berkaitan cara-cara sebutan hurufhuruf Hija’iyyah di dalam al-Quran serta hukum-hukum tajwid. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan mengkaji silibus ilmu tajwid yang dipelajari dan menganalisis tahap kefahaman responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Selangor. Pengkaji menganalisis kajian ini dengan menggunakan peratusan dan kekerapan dalam silibus pengajian ilmu tajwid dan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai dan data kajian ini dianalisis berdasarkan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert, temu bual semi semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-Quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahap penguasaan yang paling tinggi dicapai oleh responden dalam ilmu tajwid ialah item bab Mad Asli (min5.00, sp=0.00) dengan responden 100% sangat setuju, item bab Alif Lam (min4.96, sp=0.18) dengan responden sangat setuju 96.7%, item pengenalan ilmu tajwid (min4.90, sp=0.40) dengan responden sangat setuju 93.3%, item bab Basmalah (min4.76, sp=0.81) dengan responden sangat tidak setuju 90.0%, item bab hukum nun Sakinah dan Tanwin (min4.60, sp=1.06) dengan responden sangat bersetuju 83.3%, item bab Izhar Halqi dengan kadar bacaan dengung (min4.36, sp=1.37) dengan responden sangat tidak setuju 80%, item bab hukum Mim Sakinah (min4.13, sp=0.29) dengan responden sangat setuju 73.3% dan item bab bacaan Riwayat Imam Hafs (min4.23, sp=1.22) dengan responden sangat setuju 63.3%. Kesimpulannya menunjukkan min keseluruhan item ialah min 4.19 dan sisihan piawai=0.97 iaitu berada pada tahap tinggi, tetapi terdapat min bagi item-item bab hukum mempelajari ilmu tajwid (min2.06, sp=1.38) dengan responden amat setuju 50% dan kadar harakat Mad Far’ie (min2.96, sp=1.75) dengan responden amat setuju 36.7% berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan para pelajar di tahap yang memuaskan tetapi memerlukan pemurnian di teori-teori ilmu tajwid yang merangkumi bab hukum bacaan al-Quran serta bab Mad Far’ie supaya bacaan al-Quran dapat dinaqalkan secara talaqqi dan musyafahah dengan shahih sebagaimana Rasulullah SAW. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Zainora Daud ;Shaharuddin SaadHayati HussinTuntutan membaca al-Quran secara bertajwid merupakan fardhu ain setiap Muslim. Kurikulum pendidikan ilmu tajwid yang dipelajari di Sekolah-sekolah Tahfiz difokuskan dalam bentuk teori dan praktikal berkisarkan makhraj, sifat huruf, hukum nun sakinahserta tanwin, hukum mim sakinah, maddan sebagainya. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan menganalisis tahap keberkesanan responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 210 orang pelajar di sembilan buah sekolah tahfiz swasta di bawah PITAS, Selangor. Data-data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai berdasarkan Statistical Package for the Social Science(SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriptif melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert. Data-data juga disokong dengan instrumen temu bual semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-Quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz swasta Selangor adalah tinggi (min= 4.04, p = 0.85), manakala skor min bagi domain pelaksanaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid adalah sederhana tinggi (min= 3.60, p= 0.73). Ini menunjukkan responden mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap penguasaan ilmu tajwid, tetapi perlu kepada penambahbaikan dari aspek Mad Asli, Mad Far'ie, dan bacaan Imam Hafs berdasarkan hasil keputusan ujian tilawah al-Quran dan hasil temubual. Manakala bagi domain amalan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid di sekolah-sekolah tahfiz swasta juga berada di tahap baik tetapi masih perlu perhatian dan pemurniaan secara berterusan terhadap kaedah syarahan, praktikal dan amali, ujian lisan, papan hitam,buku rujukan, kuiz, soal jawab dan pembentangan. Kesimpulannya penguasaan ilmu tajwid yang cemerlang dalam al-Quran memberi implikasi yang positif dalam tilawah, tahfiz dan tadabbur ayat-ayat al-Quran sehingga mampu membentuk peribadi mukmi nkamil.