Browsing by Author "Shamsudin, R."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kewujudan al-Mutaba'at dalam Periwayatan Hadith secara al-Tafarrud(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Yaakob, M. A.Shamsudin, R.Hadith yang diriwayatkan secara al-tafarrud iaitu hadith yang diriwayatkan secara bersendirian dan tiada riwayat lain yang mengiringinya memberi indikasi bahawa tidak wujud hadith lain yang diriwayatkan. Dalam erti kata lain, hadith yang diriwayatkan secara al-tafaruuditu tidak mempunyai riwayat sokongan dalam bentuk mutaba'at iaitu perkongsian periwayatan hadith oleh seorang perawi dengan perawi yang lain. Namun demikian, terdapat hadith-hadith yang disifatkan oleh sebahagian sarjana hadith sebagai al-tafarrudnamun kemudiannya dinyatakan oleh sarjana hadith lain bahawa terdapat al-mutaba'at bagi hadith tersebut. Justeru, artikel ini akan menganalisis faktor-faktor yang menjadi penyebab fenomena ini berlaku. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya yang melibatkan pengumpulan data melalui kajian keperpustakaan. Data-data tersebut dianalisis berdasarkan kaedah induktif.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor dan salah satu darinya adalah kerana perawi yang meriwayatkan hadith dalam bentuk al-mutaba ah tersebut berada pada kedudukan yang terlalu daif dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kosmologi Islam Dan Kosmologi Melayu: Analisis Perbandingan Aspek-Aspek Penciptaan Alam Berdasarkan Al-Quran Dan Al-Sunnah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Shamsudin, R.Mat Akhir, N.S.Perbincangan mengenai kosmologi Melayu tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat Melayu yang berperanan mencorakkan pembentukan ketamadunan Melayu. Antara dimensi yang membentuk ketamadunan Melayu ialah kepercayaan orang Melayu tentang alam. Dalam hal ini, kedatangan Islam telah berupaya memberi anjakan yang ketara daripada sudut pemikiran masyarakat Melayu tentang alam termasuklah dalam aspek penciptaan alam. Namun, kepercayaan tradisi yang berunsurkan pengaruh Animisme dan Hindu Budha yang telah berakar umbi dalam masyarakat masih tidak terhakis sepenuhnya. Justeru, artikel ini bertujuan mengkaji kosmologi Melayu dan kosmologi Islam dengan membandingkannya daripada aspek penciptaan alam. Perbandingan tersebut dibincangkan berasaskan dalil-dalil naqli daripada al-Quran dan al-Sunnah. Kajian yang berbentuk kualitatif ini dilaksanakan melalui kajian kepustakaan dengan mendapatkan data-data daripada karya-karya induk dalam bidang tafsir dan hadith. Data-data tersebut dianalisis berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa elemen kosmologi Melayu yang didapati bertepatan dengan nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah, umpamanya alam terbentuk daripada unsur tanah, api, air dan angin. Namun masih terdapat beberapa elemen yang dilihat amat bertentangan umpamanya konsep Nur Muhammad. Penulisan ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih sebagai teras kosmologi Melayu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manhaj Sarjana Hadith Dalam Menentukan 'Illah Dalam Periwayatan Al-Tafarrud: Kajian Perbandingan Antara Sarjana Mutaqaddimin Dan Muta'akhkhirin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Yaakob, M. A. binShamsudin, R.There are differences in methods engaged by the mutaqaddimin as opposed to the muta’akhkhirin hadith scholars in deriving the ‘illah of the hadith narrations by way of al-tafarrud. This distinction can be seen through two main aspects, namely the method of determining the ‘illah and the terminology used to describe the existence of ‘illah in the narration of a hadith via tafarrud. Hence this article aims to examine both aspects that are contained in the methodologies employed by both the mutaqaddimin and the muta’akhkhirin hadith scholars in deriving ‘illah in tafarrud hadiths. In order to achieve these objectives, a qualitative study was conducted to procure the data through library research. The data was then analyzed based on inductive and deductive methods. The findings show that the mutaqaddimin hadith scholars determine ‘illah based on circumstantial evidence (qarinah) which shows there had been wahn in the concerned narration. The muta’akhkhirin hadith scholars on the other hand define ‘illah based on two main characteristics, namely the position of the narrators and the existence of the divergent textual-understanding element (al-mukhalafah) with other narrators.