Browsing by Author "Sharifah Basirah Syed Muhsin,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Keperluan Pembangunan Manual Psikospiritual Islam Dalam Penjagaan Paliatif(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Che Zarrina Sa’ari ;Hasimah Chik, ;Che Zuhaida Saari ;Sharifah Basirah Syed Muhsin, ;Nor Azah Abdul Aziz, ;Khairul Hamimah Mohammad Jodi, ;Abdul Salam Bin Muhamad Shukri, ;Salmah Karman, ;Abdul Ghafar Bin SuripiSheriza Izwa ZainuddinPenjagaan paliatif ialah penjagaan secara holistik melibatkan aspek fizikal, spiritual, mental dan sosial kepada pesakit terminal atau pesakit tiada harapan sembuh seperti pesakit kanser, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan lain-lain. Kajian ini membawa pendekatan Islam dalam konsep penjagaan pesakit tersebut. Artikel ini membincangkan analisis keperluan kajian reka bentuk dan pembangunan manual psikospiritual Islam dalam penjagaan paliatif dan elemen yang menjadi keperluan dalam penjagaan tersebut. Metodologi kajian menggunakan kaedah Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang mempunyai tiga fasa utama dibangunkan oleh Richey dan Klein. Artikel ini memberi fokus kepada fasa pertama kajian iaitu analisis keperluan. Pendekatan kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik kepada 210 orang responden. Analisis data dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 25 bagi memperolehi kadar kekerapan (ƒ) dan purata min (x̅) dalam dapatan kajian. Dapatan kajian mendapati majoriti yang terdiri daripada pengamal perubatan, penjaga, pesakit dan populasi awam bersetuju dengan pembinaan manual berasaskan psikospiritual Islam. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan heirarki elemen penekanan dalam manual bermula dengan elemen sokongan emosi dalam manual dengan kadar purata min (x̅) tertinggi, diikuti dengan penekanan kepercayaan kepada Tuhan, sokongan spiritual dan keagamaan, pengurusan diri dan fizikal, pengurusan trauma atau pengalaman lalu dan yang terakhir ialah sokongan dalam aktiviti bersosial. Kata kunci: keperluan, manual, psikospiritual, penjagaan, paliatif.