Browsing by Author "Siti Hafizah Yusop"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Patriotisme Golongan Muda di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-05-31) ;Siti Hafizah Yusop ;Norbahiah Misran ;Noorfazila Kamal ;Syaidatun Nazirah Abu Zahrin ;Norsaleha Mohd Salleh ;Wan Nor Adibah Wan AhmadSarifah Nurhanum Syed SahurAbstract: The awareness of the spirit of unity and love of country in the pluralistic society in Malaysia has started since before independence. The feeling of love for the country can be defined as patriotism which is now an important research topic because it is a component in assessing the level of identity of a citizen. The importance of a high sense of identity is to ensure that the country is able to be governed by a generation of layers with high integrity, who love the country and are not easily influenced by outside cultures to the point of forgetting their own origins which can remove the uniqueness and superiority of a country. This study aims to review previous studies that examine the level of patriotism among Malaysians, especially the youth. The study was conducted using a systematic literature review method that collected articles to answer three research questions, namely the elements of patriotism that were studied, research methods, and studies that explained the level of patriotism. The findings of the study show that the level of patriotism among Malaysian youth is high with 10 studies proving a high level of patriotism and 2 studies showing a moderate and vague level of patriotism. The study concluded that a continuous action still needs to be taken by all levels from the large scale that is the country to the smallest scale that is the family units to ensure that the spirit of patriotism among Malaysian youth is always vibrant with real values. Abstrak: Kesedaran semangat perpaduan dan cintakan negara dalam masyarakat majmuk di Malaysia telah bermula sejak sebelum merdeka lagi. Perasaan cintakan negara boleh ditakrifkan sebagai patriotisme yang kini menjadi topik kajian yang penting kerana merupakan komponen dalam menilai tahap jati diri seseorang rakyat. Kepentingan jati diri yang tinggi adalah untuk memastikan negara mampu ditadbir oleh generasi pelapis yang berintegriti tinggi, sayangkan negara dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar sehingga melupakan asal usul sendiri yang boleh menghilangkan keunikan dan keunggulan sesebuah negara. Kajian ini bertujuan mengumpulkan kajian-kajian terdahulu yang membincangkan tahap patriotisme di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda. Kajian dibuat menggunakan kaedah tinjauan literatur sistematik yang mengumpulkan artikel untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu elemen patriotisme yang dikaji, kaedah kajian, dan dapatan kajian yang menerangkan tahap patriotisme. Dapatan kajian menunjukkan tahap patriotisme golongan muda adalah tinggi dengan 10 kajian membuktikan tahap patriotisme tinggi dan 2 kajian tahap patriotsime sederhana dan kabur. Kajian merumuskan suatu tindakan berterusan tetap perlu diambil oleh semua peringkat daripada skala yang besar iaitu negara sehingga skala terkecil iaitu unit-unit keluarga bagi memastikan semangat patriotsime dalam kalangan golongan muda tetap sentiasa bersemarak dengan nilai yang sebenar.