Browsing by Author "Siti Aishah binti Zulkifle"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Menguatkuasakan Undang-Undang Terhadap Pengasuh Di Rumah; Suatu Tinjauan Awal(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-12-30) ;Mashitah Abdul MutalibSiti Aishah binti ZulkiflePerkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti adalah penting dalam memastikan kanak-kanak itu dijaga dengan baik bukan sahaja dari segi kesihatan dan keselamatan mereka, malah dalam perkembangan pertumbuhan mereka. Jadi, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak tidak seharusnya dianggap sebagai jagaan semata-mata sebaliknya ia merupakan peringkat awal untuk pendidikan kanak-kanak. Isu taman asuhan kanak-kanak berasaskan rumah yang tidak dikawal oleh undang-undang yang khusus adalah penting untuk diketengahkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Malaysia melalui usaha perundangan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji keperluan membangun rangka kerja undang-undang dalam mengawal selia pusat jagaan kanak-kanak di rumah. Mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia, pusat asuhan kanak-kanak di rumah yang mengasuh kanak-kanak kurang daripada empat orang tidak perlu mendaftar dengan pihak berkuasa dan tidak dipantau oleh mana-mana undang-undang atau peraturan. Kejadian tidak diingini yang melibatkan pusat asuhan kanak-kanak di rumah yang tidak dikawal undang-undang boleh menjadi faktor pendorong untuk Malaysia membangun rangka kerja undang-undang dalam meningkatkan kualiti pusat tersebut. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian doktrin dalam bentuk pengumpulan data berasaskan dokumen analisis dan ulasan kes.