Browsing by Author "Siti Azhani Binti Tohar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nor Baya Binti Mat Yacob ;Siti Azhani Binti ToharKhadijah Binti MudaGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.