Browsing by Author "Siti Azwanie Che Omar"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Khunsa dan Mukhannath Menurut Perspektif Hadith dan Pengaruhnya di Media Sosial(USIM Press, 2021-12) ;Siti Azwanie Che Omar ;Phayilah Yama ZakariaNur Hajar DehisKhunsa dan mukhannath adalah dua maksud yang berbeza dari segi definisi mahupun pengkelasan jantina. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih kini, golongan mukhannath semakin berani untuk kehadapan bagi menyuarakan hak dan suara mereka terutamanya di media sosial. Tujuannya, bagi meraih simpati ramai pihak untuk kesamarataan sebagai rakyat Malaysia. Namun begitu, matlamat atau naluri tidak menghalalkan cara bagi membolehkan undang-undang untuk terus menerus menepati janji yang ingin mereka kecapi. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengumpul maklumat melalui metode keperpustakaan dan dokumentasi. Setelah dianalisis secara kritis, hasil kajian menunjukkan perbezaan yang jelas antara golongan khunsa dan mukhannath, hal ini kerana khunsa merupakan tanda kebesaran Allah yang tidak ternilai dan boleh diselesaikan dengan cara ubatan daripada doktor-doktor pakar dan juga persetujuan daripada persepakatan para ulama. Hal ini berbeza dengan golongan mukhannath yang jelas hukumnya haram kerana mengubah ciptaan Allah semata-mata kerana nafsu. Pada masa yang sama, penulis juga mengemukakan cadangan kajian mengenai kesan perkembangan golongan mukhannath yang terdapat di Malaysia. Konklusinya, semua pihak perlu memainkan peranan penting terutamanya ibu bapa bagi memastikan keadaan anak-anak terkawal bermula daripada tumbesaran mereka lagi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Khunsa dan Mukhannath Menurut Perspektif Hadith dan Pengaruhnya di Media Sosial(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Phayilah Yama ;Siti Azwanie Che OmarNur Hajar DehisKhunsa dan mukhannath adalah dua maksud yang berbeza dari segi definisi mahupun pengkelasan jantina. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih kini, golongan mukhannath semakin berani untuk kehadapan bagi menyuarakan hak dan suara mereka terutamanya di media sosial. Tujuannya, bagi meraih simpati ramai pihak untuk kesamarataan sebagai rakyat Malaysia. Namun begitu, matlamat atau naluri tidak menghalalkan cara bagi membolehkan undang-undang untuk terus menerus menepati janji yang ingin mereka kecapi. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengumpul maklumat melalui metode keperpustakaan dan dokumentasi. Setelah dianalisis secara kritis, hasil kajian menunjukkan perbezaan yang jelas antara golongan khunsa dan mukhannath, hal ini kerana khunsa merupakan tanda kebesaran Allah yang tidak ternilai dan boleh diselesaikan dengan cara ubatan daripada doktor-doktor pakar dan juga persetujuan daripada persepakatan para ulama. Hal ini berbeza dengan golongan mukhannath yang jelas hukumnya haram kerana mengubah ciptaan Allah semata-mata kerana nafsu. Pada masa yang sama, penulis juga mengemukakan cadangan kajian mengenai kesan perkembangan golongan mukhannath yang terdapat di Malaysia. Konklusinya, semua pihak perlu memainkan peranan penting terutamanya ibu bapa bagi memastikan keadaan anak-anak terkawal bermula daripada tumbesaran mereka lagi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangunkan Aplikasi Mobil Untuk Pemetaan Syajarat Alasanid Dalam Kitab Sahih Muslim(Penerbit KUIS, 2019) ;Phayilah Yama ;Nur Saadah Hamisan@Khair ;Mohd Norzi Nasir ;Noor Azli Mohamed Masrop ;Abdul Hadi Awang ;Abdul Azis Awang Kechik ;Siti Azwanie Che OmarNur Liyana Ahmad NazirKajian ini memilih Sahih Muslim sebagai fokus kajian dengan terperincikan kepada beberapa hadis di dalam Bab Iman sahaja. Antara objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk menjelaskan metod susunan sanad yang digunakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya. Beliau terkenal dengan menggunakan beberapa simbol khas dalam penyusunan sanad-sanad perawi hadis, dan simbol-simbol ini menimbulkan beberapa masalah apabila pelajar kurang memahami susur galur jalan periwayatan hadis. Oleh itu, kajian ini menggunakan syajarat al-asanid sebagai kaedah bagi membantu pelajar dalam memahami penyusunan sanad hadis yang mempunyai simbol-simbol tertentu sahaja. Kajian ini juga bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian yang berbentuk aplikasi mobil bagi memudahkan para pelajar membentuk susunan sanad tersebut dengan lebih mudah dan menghasilkan syajarat al-asanid yang tepat berkonsepkan model reka bentuk sistem berarahan ADDIE iaitu analysis (analisis), design (reka bentuk), development (pembangunan), implementation (implimentasi) dan evaluation (penilaian). Justeru, aplikasi mobil yang dibangunkan dalam kajian ini merupakan salah satu inovasi yang digunakan bagi membantu pengajian hadis dilaksanakan dengan lebih efektif dan mendapat impak yang lebih positif. Ia juga boleh dijadikan sebagai modul awal kepada inovasi lain dalam ilmu sanad hadis.