Browsing by Author "Siti Fariza M.F."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat dan Cadangan Pengaplikasiannya di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Siti Fariza M.F. ;Azman A.R ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan Pantai Timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,955 orang mangsa. Mereka yang terlibat dengan bencana banjir kehilangan harta seperti tempat kediaman, kenderaan, ladang punca pendapatan dan peralatan asas untuk menjalani kehidupan. Keadaan yang dialami oleh mereka tidak terlepas daripada mata-mata masyarakat yang prihatin untuk menyalurkan bantuan. Timbul persoalan tentang kedudukan mangsa banjir sebagai asnaf yang berhak menerima zakat. Justeru, kajian ini akan menilai kedudukan mangsa banjir sebagai penerima zakat. Kajian ini juga akan mencadangakan skim bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir sekiranya mereka berhak menerima zakat. Hasil kajian mendapati mangsa banjir layak menerima bantuan zakat di bawah kategori asnaf al-gharimin menepati syarat sebagai penerima zakat. Skim bantuan yang dicadangkan adalah bantuan berbentuk keperluan asasi seperti skim bantuan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Implikasi kajian memberikan garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan bantuan kepada mangsa banjir. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan skim bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.