Browsing by Author "Siti Nor Baya Binti Mat Yacob"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fast Food dan Gerakan Slow Food dalam trend Gastronomi Moden(Penerbit USIM, 2022) ;Siti Nor Baya Binti Mat Yacob ;Siti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah Binti MudaPengertian fast food adalah sebagaimana nama dan sebutannya, ia mewakili sifat dan ciri kecepatan, kepantasan serta berkaitan dengan ciri pengeluaran dan pembekalan makanan secara besar-besaran dalam masyarakat perindustrian yang berfungsi sebagai sistem berpusatkan kecekapan. Secara identiti dan realitinya, fast food dan juga slow food merupakan suatu pilihan kontras yang muncul dalam budaya makanan dan pemakanan serta cara hidup manusia pada abad ini. Tamadun manusia pada abad ini merupakan sebuah tamadun moden yang terinspirasi dan terbit daripada budaya fikir dan keilmuan yang berlaku di Eropah pada abad ke 18. Moden adalah projek pada era enlightenment yang lahir di Eropah bertujuan mengubah tamadun manusia secara keseluruhan. Hasrat modeniti adalah untuk berpaling terus daripada sifat tamadun traditional yang dianggap tidak progress, jumud dan ketinggalan. Ia membawa semangat perubahan yang bersifat progress secara relatif dalam semua bidang kehidupan dengan menjadikan ilmu sains dan teknologi sebagai sandaran kepada pembangunan yang bersifat maju ke hadapan. Makanan dalam kehidupan traditional merupakan keperluan harian, penghasilan makanan daripada kegiatan pertanian juga adalah bersifat self seffiency. Masyarakat traditional menikmati makanan dalam slow food mode, sumber makanan adalah hasil daripada tanaman ladang sendiri, dalam suasana tenang, sederhana, bersama keluarga, sesuai dengan sifat kehidupan pada masa itu yang tidak kelam kabut, tidak terkejar-kejar dan tidak cepat sebagaimana kehidupan moden hari ini. Selepas kita perlahan-lahan memasuki era moden yang ditandai oleh revolusi perindustrian di Eropah pada abad ke 19, tamadun manusia berubah daripada suasana tenang menjadi semakin cepat, sibuk dan kacau bilau. Pergerakan kehidupan manusia moden seolah-oleh seperti ditolak oleh suatu semangat kepantasan luar biasa sehingga tidak sempat menoleh ke belakang kerana dalam semangat moden, yang dibelakang itu sifatnya adalah mundur, jumud, ketinggalan serta tentu sekali tidak maju. Sifat kepantasan ini menyerang ke segenap cabang kehidupan termasuk juga ke dalam aktiviti yang paling asas iaitu mengenai makanan dan pemakanan. Jika zaman traditional budaya pemakanan lebih dinikmati dalam suasana slow food, tetapi dalam zaman moden, fast food telah mengemudi sifat dan ciri gastronominya. Penulisan ringkas ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan latarbelakang di sebalik fast food dan slow food dalam susur galur sejarah gastronomi manusia - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nor Baya Binti Mat Yacob ;Siti Azhani Binti ToharKhadijah Binti MudaGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.