Browsing by Author "Siti Norsarifah Hanim Surati"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Tinjauan Literatur Sistematik Berhubung Tekanan Mental Melibatkan Isu Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di Malaysia(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Siti Norsarifah Hanim SuratiAbdul Rashid Abdul AzizKesihatan mental boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti hidup dan produktiviti seseorang. Namun begitu, peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan. Tambahan pula, masalah tekanan mental ini memberi kesan yang buruk kepada remaja terutamanya yang boleh membawa kepada kejadian bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat tema kajian dan perbincangan tentang tekanan mental melibatkan isu bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian dengan metod tinjauan literatur sistematik atau systematic literature review (SLR) ini dijalankan dengan menggunakan artikel lingkungan tahun 2019-2023 daripada tiga pangkalan data iaitu Research gate, Google Scholar dan Science Direct. Artikel yang telah dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak 22 daripada 1460 artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tema yang boleh diklasifikasikan berkenaan kajian lepas tentang tekanan mental melibatkan isu bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia. Tema tersebut ialah; 1) kesejahteraan hidup remaja 2) tekanan psikologi remaja 3) isu bunuh diri dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian, terdapat keperluan kajian yang menyeluruh seperti kajian mengenai pembangunan model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala kesihatan mental agar masalah kesihatan mental dapat dikenalpasti dan tindakan segera dapat diambil.